web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Keluarga Malaysia Proaktif Bantu Rakyat Menerusi Pelbagai Program Turun Padang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 7:55PM

Idris Ahmad menyantuni penghantar makanan semasa Program Konvoi Kongsi Rezeki di Dataran Putra, Putrajaya hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang genap setahun pentadbirannya hari ini, proaktif dalam membantu rakyat menerusi program berorientasikan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Idris Ahmad berkata, dengan cabaran pandemik yang melanda negara, program turun padang giat dilaksanakan bagi menyantuni rakyat memerlukan.

“Alhamdulillah setelah setahun penekanan diberikan kebetulan waktu Ismail Sabri naik, pandemik masih lagi kemuncak, maka seluruh agensi, semua kementerian diarah memastikan supaya kita dapat menyantuni rakyat terutama dalam kalangan B40.

“Agensi di bawah saya sendiri, iaitu sebanyak 14 agensi sudah menyahut seruan tersebut dan kita boleh katakan, setiap minggu (kita) adakan program merangkumi seluruh pelosok negara untuk memberikan sumbangan bermakna kepada mereka,” katanya kepada media pada Program Munajat Keluarga Malaysia di laman Dataran Putra di Masjid Putra di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan pelepasan konvoi bermotosikal Kongsi Rezeki bersempena program itu.

Sempena acara bermula jam 2.30 petang anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu, turut diadakan Souq Jualan Rakyat Keluarga Malaysia dengan potongan harga 50 peratus.

Pada program tersebut, beliau menyantuni sebahagian daripada 600 individu asnaf yang menerima pelbagai barang keperluan harian, termasuk ayam, beras, minyak masak dan telur.

Mengulas lanjut, Idris menambah, beliau meminta pegawainya untuk turun padang dan menyantuni masyarakat.

Beliau memberitahu, pihaknya tidak mahu mereka yang memerlukan, sebaliknya terpaksa meninggalkan kerja seharian demi berjumpa pegawai berkenaan, memandangkan golongan tersebut diibaratkan ‘kais pagi makan pagi’.

“Sedangkan kita makan gaji dan elaun, itulah kita tidak boleh bersenang diri tetapi kita perlu menyantuni orang susah,” katanya. - Getaran, 21 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Politik 3 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

3

Politik 3 tahun yang lalu

Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad