web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


HFMD: KEMAS Sentiasa Pantau, Proaktif Tangani Jangkitan di TABIKA, TASKA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 5:49PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sentiasa memantau perkembangan dan mengambil langkah proaktif dalam menangani penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di premis taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) dan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di bawah kendaliannya.

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ibu bapa dan penjaga tidak perlu risau kerana pihak KEMAS sentiasa memantau kehadiran kanak-kanak ke TABIKA dan TASKA setiap hari.

“Kita sudah minta semua pendidik masyarakat TABIKA berjumlah 12,043 orang dan pendidik masyarakat TASKA seramai 1,837 orang, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan membuat saringan awal seperti mengukur suhu badan setiap kali kanak-kanak ini hadir ke kelas.

“Bila tamat sesi pembelajaran juga kita buat pemerhatian dan jika terdapat kanak-kanak mempunyai simptom jangkitan, ibu bapa akan dimaklumkan segera untuk membawa anak mereka mendapatkan rawatan doktor,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan, sebanyak 180 buah tabika dan taska seliaan KEMAS seluruh negara ditutup selama 10 hari ekoran penularan HFMD, atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Mengulas lanjut, Mahdzir menjelaskan, kanak-kanak TABIKA dan TASKA KEMAS juga diasingkan jika didapati mempunyai gejala HFMD bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada kanak-kanak lain.

Tambahnya, KEMAS juga sudah mengedarkan Garis Panduan Pencegahan Penularan Penyakit Berjangkit ke seluruh TABIKA dan TASKA sebelum ini.

“Kita nasihatkan kepada ibu bapa supaya memantau kesihatan anak-anak yang ada gejala, seperti demam, tanda ulser pada mulut dan lidah, ruam dan lepuh pada tangan, kaki serta kawasan lampin, tidak perlulah hantar anak ke TABIKA atau TASKA,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau meminta tindakan penutupan kelas dibuat serta-merta jika terdapat kes dilaporkan.

“Jika terdapat mana-mana TABIKA atau TASKA yang terbabit, kita akan arahkan supaya ditutup serta-merta dan sekurang-kurangnya 10 hari berdasarkan saranan KKM.

“Pejabat Kesihatan Daerah akan dimaklumkan jika terdapat kes dan kerja disinfeksi akan dilakukan pihak KEMAS,” katanya.

Dalam tempoh itu juga tambah Mahdzir, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan dilaksanakan, namun pendidik masyarakat dan sukarelawan perlu hadir bertugas seperti biasa.

Untuk rekod, KEMAS mempunyai 10,765 TABIKA dan 549 TASKA di seluruh negara. - Getaran, 28 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Bayi Lelaki 8 Bulan Meninggal Dunia Di Taska

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hubungi Ibu Bapa Sekiranya Murid Tak Hadir Taska - Nancy

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Abai Kanak-Kanak Usia Setahun, Pekerja Taska Ditahan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

45 Murid Dijangkiti HFMD, Perak Ambil Langkah Kawalan - Exco

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan