web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Jemputan Lantikan Penyelaras Kepenggunaan - MP Bukit Bendera

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 3:40PM

Wong Hon Wai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai mendedahkan, pejabatnya tidak menerima sebarang jemputan atau maklumat untuk taklimat berkenaan pelantikan penyelaras kepenggunaan Parlimen (PKP).

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid kelmarin yang menggesa 90 pejabat Ahli Parlimen yang belum melantik PKP agar segera berbuat demikian.

Hon Wai sebaliknya meminta kementerian tidak menganaktirikan Ahli Parlimen blok pembangkang dalam perkara tersebut.

“Kenyataan Timbalan Menteri tersebut juga seolah-olah membongkarkan kelemahan dalam pentadbiran hal ehwal kepenggunaan oleh kerajaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rosol seperti dilaporkan sebelum ini berkata, pelantikan PKP itu perlu dipercepatkan agar dasar dan usaha kerajaan dalam membela hak pengguna dapat disampaikan kepada rakyat dengan lebih berkesan, tambahan mereka semakin terhimpit dengan kenaikan harga barangan ketika ini.

Tambah Rosol, sejak diperkenalkan pada 2019, individu dilantik sebagai PKP tersebut menjadi orang tengah antara kerajaan dengan rakyat dalam isu penting, seperti kos sara hidup, kestabilan bekalan, harga barang keperluan dan aktiviti kepenggunaan.

Selain memberi penjelasan kepada masyarakat berhubung isu tersebut tambahnya, PKP bertanggungjawab melaporkan kepada kementerian berkaitan isu kepenggunaan dihadapi penduduk di kawasan Parlimen masing-masing.

Hon Wai menegaskan, beliau sebaliknya mencadangkan supaya kerajaan mengadakan satu sesi khas Parlimen yang membincangkan isu keselamatan makanan dan lambungan inflasi yang meningkat serta hak kepenggunaan.

“Ini memandangkan krisis sekuriti makanan dan cabaran kos sara hidup yang semakin mencabar serta kian meruncing,” katanya. - Getaran, 28 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Rumah Terbuka: 'Ziarah Terdidik' Elak Penularan COVID-19

4

Kisah Kita 3 tahun yang lalu

Ibu Tunggal Gadai Emas, Guna Wang Simpanan Demi Kiah Kitchen

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar