web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adakah Azmin, Mantan PKR Bakal Ikut Jejak Zuraida Perkukuh PBM?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 2:10PM

Azmin Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Susulan tindakan Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), timbul persoalan sama ada Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kumpulan mantan PKR dalam parti itu akan mengikut jejak Ahli Parlimen Ampang terbabit, seterusnya bersama-sama menyertai serta mengukuhkan Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Menyifatkan tindakan Zuraida itu sebagai bukan perkara besar dan sudah dijangka, penganalisis politik, Profesor Dr James Chin berpendapat, masalah PBM dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah ‘masa tidak menyebelahi mereka’ kerana parti itu memerlukan waktu untuk memperkenalkan jenamanya kepada pengundi.

Sehubungan itu, beliau berkata, individu seperti Zuraida perlu menggunakan jenamanya sendiri untuk menarik pengundi, berbanding jenama parti.

“Parti baharu memerlukan satu tempoh masa tertentu sebelum masyarakat umum mengenali siapa mereka. Satu-satunya kaedah bagi PBM untuk mendepani pilihan raya umum akan datang adalah mereka tidak boleh ‘menjual’ jenama parti, sebaliknya perlu ‘menjual’ calon-calon mereka, seperti Zuraida.

“Jika calon itu tidak dikenali, jenama parti akan ‘dijual’, tetapi bagi kes PBM, ini adalah amat sukar,” katanya sambil menambah masyarakat di negara ini agak konservatif dan tidak menyukai parti baharu menyebabkan ia menghadapi kesukaran, seperti berlaku dalam beberapa pilihan raya umum.

Getaran sebelum ini melaporkan, Zuraida mengisytiharkan keluar BERSATU dan menyertai PBM serta turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

Profesor Dr James Chin
Profesor Dr James Chin

Desas-desus mengatakan Zuraida bakal menyertai PBM lama diperkatakan, namun beliau sebelum ini menyifatkannya sebagai sekadar ura-ura dan meneruskan tugas sebagai menteri dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Untuk rekod, Zuraida bersama Mohamed Azmin dan beberapa ahli Parlimen PKR bertindak keluar parti pada awal tahun 2020, sekali gus dikatakan menjadi antara penyumbang kepada kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), dalam peristiwa disebut-sebut sebagai Langkah Sheraton.

Pada Ogos 2020, Mohamed Azmin, Zuraida dan beberapa mantan pemimpin PKR yang bergerak menggunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Komuniti Negara sebelum, mengumumkan keputusan menyertai BERSATU.

James menambah, tindakan Zuraida keluar dari BERSATU dan meletakkan jawatan dalam Kabinet tidak memberi impak kepada parti itu, mahupun gabungan politik Perikatan Nasional (PN).

Beliau berpendapat, kerajaan boleh melantik terus individu lain dari BERSATU untuk mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan Zuraida kerana seperti diketahui umum, ia adalah langkah jangka pendek memandangkan semua pihak sedang bersiap sedia menghadapi PRU-15.

Menurutnya, penyertaan Zuraida ke dalam PBM sememangnya dijangka, terutama apabila ideologi PBM adalah berbilang kaum sama seperti PKR dan selari dengan ideologi politik beliau sendiri.

“Jadi, langkah Zuraida ke PBM sangat dijangka dan tidak memberi impak kepada Kabinet Ismail Sabri kerana kerajaan sedang dalam mod pilihan raya dan saya berpendapat mereka tidak memandang perkara sebegini,” katanya.

PBM diasaskan Mohamad Sukri Yusri, iaitu presiden pertama parti bersama beberapa ahli politik lain selepas mengambil alih Parti Pekerja Sarawak (SWP).

Ia diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 27 Oktober 2021. - Getaran, 28 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Zuraida Fail Tindakan Undang-Undang Mohon RoS Iktirafnya Sebagai Presiden PBM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Ab Rauf Harap 2 ADUN PN Sertai Kerajaan Perpaduan Di Melaka

3

Politik 3 tahun yang lalu

Elak Lompat Parti Jadi Amalan, Ahli Politik Perlu Berani Tolak Tindakan

4

Politik 3 tahun yang lalu

PBM Selayang Sahkan Bubar Jawatankuasa Bahagian Sejak 15 Januari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar