web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Phoenix’ Bukan ‘Phonix’, Khairy Selamba Tegur Moderator Ketika Siaran Langsung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 1:28PM

Kelihatan Khairy Jamaluddin (kanan) menahan gelak dan malu akibat kesilapan kecil itu. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelmarin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengadakan sidang media dari Geneva, Switzerland bagi memaklumkan perkembangan terkini mengenai kes cacar monyet dan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang semakin membimbangkan ketika ini.

Bagaimanapun sesi siaran langsung secara santai itu, terganggu seketika apabila moderator sidang media berkenaan tersilap menyebut nama stesen televisyen bahasa Mandarin, Phoenix TV yang berpangkalan di Hong Kong.

“Phonix TV, Phonix TV,” katanya yang ingin memaklumkan kepada wartawan TV berkenaan supaya bersedia dengan soalan ingin diajukan kepada Khairy.

Namun wartawan terbabit pantas memperbetulkan sebutan tersebut kepada Phoenix TV.

Khairy yang menyedari perkara itu turut menegur sebutan moderator tersebut.

“Phoenix not (bukan) Phonix, jangan nak malukan kita. Alamak, sorry (maaf)!” katanya.

Dalam video yang tular di aplikasi TikTok itu, Khairy dilihat hampir tergelak sambil menggeleng dan menyentuh dahinya seolah-olah malu akibat kesilapan kecil terbabit.

Malah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang hadir sama pada sidang media tersebut dilihat turut cuba menahan gelak susulan insiden itu.  

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Khairy yang selamba menegur moderator terbabit, manakala Dr Noor Hisham pula cuba menahan ketawa walaupun baharu sahaja selesai menyampaikan maklumat penting kepada orang ramai.

“Member terus alamak. Kahkahkah,” kata Eizt.

“Very good partnership. Serasi,” kata Bunga.

“Hahaha, adoi. Can’t blame him (tak boleh salah dia). Dia sebut baku,” kata Jeff.

“Dah jadi tabiat KJ tegur direct (terus) sampai lupa tengah online,” kata Mankind598.

“Itulah pentingnya English education (pendidikan Bahasa Inggeris) guys. Phoenix bukan Phonix,” kata Ehek.

Menerusi sidang media tersebut, kita perlu sedar bahawa selain usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu, usah dilupa kepentingan menguasai bahasa Inggeris, bahasa popular ditutur di seantero dunia. - Getaran, 28 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad