web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zuraida Umum Keluar BERSATU, Sertai PBM Dan Letak Jawatan Menteri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 11:21AM

Zuraida Kamaruddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin mengisytiharkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Serentak dengan itu, beliau turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

“Insya-Allah saya akan berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatan saya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

“Saya juga akan berbincang tentang peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Zuraida, beliau berhasrat menyertai PBM selepas membuat pertimbangan yang mendalam mengenainya.

“Saya mempercayai perjuangan parti ini dan amat tertarik dengan enam prinsip terasnya.

“Antaranya keterlibatan pelbagai kaum, pemberdayaan wanita, pemerkasaan anak muda, pembangunan ekonomi, peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia negara maju,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau turut melihat banyak potensi dalam PBM terutamanya ketika rakyat sudah bosan dengan politik lama yang membantutkan kemajuan negara.

“Insya-Allah, penyertaan dan pengalaman saya dalam PBM nanti dapat membantu mengangkat parti itu ke peringkat lebih tinggi terutamaya menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Penyertaan saya ini juga akan mengisi kelompongan kepimpinan wanita dalam negara. Sejak penubuhan PBM, parti itu dilihat semakin kuat dan kini mempunyai beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) dalam barisannya,” katanya.

Bagaimanapun Zuraida berkata beliau akan tetap menyokong kerajaan pimpinan Ismail Sabri selari dengan pendirian PBM.

Zuraida kini berada di Turki bagi memenuhi undangan memberi ucapan pada majlis pembukaan Persidangan Perintis Ketujuh Gabungan Wanita Global untuk Al-Quds dan Palestin.

Beliau dijangka pulang ke tanah air 2 Jun depan selepas memenuhi undangan Misi Perniagaan dan Pengembangan Pasaran Kayu Malaysia Bersama Majlis Kayu Kayan Malaysia di Athens, Greece.

Dengan pengumuman tersebut, ini bermakna BERSATU yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin kini hanya mempunyai 31 Ahli Parlimen. – Getaran, 26 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad