web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ikan Laut 'Ghaib' Punca Bekalan Kurang, Harga Naik 30 Peratus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 3:02PM

Tinjauan yang dijalankan Getaran di pasar Bandar Baru Bangi mendapati ikan dan hasil hidupan laut tidak sebanyak sebelum ini. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Bekalan ikan yang berkurangan sebanyak 50 peratus di sekitar pasar daerah Hulu Langat menyebabkan harganya kini meningkat sehingga 30 peratus.

Harga ikan termasuk kembung dijual antara RM14 hingga RM26 sekilogram bagi saiz sederhana, manakala selayang (RM14 hingga RM19 sekilogram) dan cencaru (RM10 hingga RM14 sekilogram).

Tinjauan Getaran sekitar pasar basah Bandar Baru Bangi dan dua pasar raya di Kajang mendapati, ikan dan hasil hidupan laut yang dijual peniaga tidak sebanyak sebelum ini.

Malah, beberapa lot niaga yang sebelum ini menjual ikan dan hasil hidupan laut turut ditutup. 

Mohd Rohan Ibrahim
Mohd Rohan Ibrahim

Penjual ikan, Mohd Rohan Ibrahim, 42 berkata, bekalan ikan dan hidupan laut berkurangan mendadak berbanding sebelum ini menyebabkan harganya menjadi tidak menentu. 

Menurut beliau, turun dan naik harga ikan bergantung kepada banyak faktor termasuk keadaan cuaca serta kekurangan bekalan sesetengah jenis ikan.

"Antara ikan kegemaran ramai yang mengalami masalah bekalan termasuklah kembung, cencaru dan selar kuning yang ketika ini susah nak dapat walaupun dicari. 

"Saya juga ketika ini hanya menerima bekalan dari dalam negara sahaja yang diperoleh dari pembekal di Selayang dan Pahang. Kalau di Thailand dan Indonesia, memang langsung tiada, sebab itu bekalan ikan amat terhad," katanya ketika ditemui Getaran, hari ini. 

Pada masa sama, beliau sedar kenaikan harga tersebut menyebabkan pembeli merungut, namun peniaga juga turut terkesan apabila terpaksa menampung kos modal yang lebih tinggi.

"Kebiasaannya masalah yang sedang berlaku ketika ini iaitu ikan kurang di pasaran adalah sementara sahaja dan dijangka selesai sekiranya bekalan meningkat semula nanti," katanya. 

Dalam pada itu, pemborong ikan yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Chong, 61 berkata, walaupun ikan kurang, namun sebagai pemborong dia terus berusaha mendapatkan bekalan demi memenuhi permintaan peniaga dan orang ramai. 

Menurutnya, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan kerana bahan mentah dijual itu adalah segar dan bukannya sejuk beku, malah ia turut menerima permintaan yang tinggi daripada pelanggan. 

"Ikan tenggiri bulan lalu, saya boleh jual dengan harga sekitar RM35 hingga RM38 sekilogram tetapi sekarang harga mencecah sehingga RM45 sekilogram. Tak mustahil boleh mencecah lebih RM100 kalau bersaiz besar.

"Selain itu, ikan selayang yang sebelum ini dijual RM8 tetapi kini dijual RM10-RM12 sekilogram. Ikan tongkol hitam daripada RM12 naik kepada RM14, manakala tongkol putih yang harganya RM8 sebelum ini sudah mencecah RM12 sekilogram,” katanya.

Jelas Ah Chong, bekalan ikan yang kurang menyebabkan harganya meningkat dengan mendadak.

“Pembekal memaklumkan bekalan ikan tidak banyak kerana faktor cuaca, selain kos pengangkutan yang semakin mahal namun mereka ada menyatakan harga ikan akan kembali stabil jika bekalannya kembali pulih," katanya. 

Kekurangan bekalan ikan di utara Semenanjung yang mencetuskan kebimbangan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) seperti dilaporkan Getaran, bukan isu baharu.

Sumber Jabatan Perikanan memberitahu Getaran, isu tersebut mula tercetus sejak tahun 2015 dan menjadi kebimbangan pihak berkenaan kerana ia semakin berlanjutan dan bukan hanya disebabkan cuaca tidak menentu seperti didakwa.

Dalam pada itu, pelanggan yang ditemui masih memilih untuk membeli ikan walaupun peningkatan berlaku, berikutan harga ayam yang melonjak naik.

Syazli Rifaat Ghazali
Syazli Rifaat Ghazali

Syazli Rifaat Ghazali, 49, berkata, kenaikan harga ikan dan hidupan laut walaupun membebankan namun ia  masih munasabah dan boleh diterima berbanding ayam. 

"Memang mahal kalau tengok macam hari ini saya beli ikan kembung, sebelum harganya dalam RM21, sekarang dah naik sehingga RM26. 

“Saya akui ia memang membebankan tapi tiada pilihan dan terpaksa beli juga walaupun harganya mahal kerana ikan merupakan makanan wajib bagi keluarga saya," katanya.

Wan Hanafi Wan Hussain
Wan Hanafi Wan Hussain

Seorang usahawan, Wan Hanafi Wan Hussin, 55 pula berkata, kenaikan harga ikan dan makanan laut disedari mula berlaku sejak umat Islam menyambut bulan Ramadan pada April lalu.

"Kerajaan perlu pandang serius perkara ini, apa masalah atau punca utama (yang menyebabkan) berlaku kenaikan harga barang ini. Saya kecewa, baru nak tukar makan ikan sebab harga ayam tidak masuk akal, sekali ikan juga terpalit. 

"Pantau dan siasat dengan lebih menyeluruh agar tiada mana-mana pihak khususnya orang tengah ambil kesempatan menaikkan harga ikan dengan sewenang-wenangnya kerana yang terbeban serta menderita nanti adalah rakyat," katanya. 

Hari ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan, wujud kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ikan di Semenanjung, sehingga bekalan hasil laut itu semakin berkurangan. 

Nadzim Johan
Nadzim Johan

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, penglibatan kartel yang memonopoli hasil tangkapan sudah terlalu lama berlarutan dan berisiko memberi implikasi serius kepada rantaian makanan rakyat di negara ini. 

Menurut beliau, isu kekurangan pendaratan ikan yang mula tercetus sejak tahun 2015, membuktikan kerajaan hanya memandang ‘sebelah mata’ permasalahan tersebut dan gagal dalam mengurus tadbir, sehingga mencetuskan harga tidak terkawal bahan mentah itu. - Getaran, 25 Mei 2022.

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad