Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aktivis Selar Kerajaan Tidak Kawal Tambang E-Hailing, Lebih Baik Tiada Kerajaan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 8:15PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih baik Malaysia tidak mempunyai kerajaan sekiranya pemimpin sedia ada tidak mampu melindungi kepentingan rakyat susulan ketidakpuasan hati terhadap tambang perkhidmatan e-hailing semakin meningkat,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.

Beliau berkata, walaupun pihaknya bersetuju dengan konsep umum pasaran terbuka, ia akan menjadi sia-sia jika harga barangan dan perkhidmatan terus meningkat.

Jelasnya, campur tangan kerajaan amat diperlukan ketika berdepan situasi itu, terutama apabila inflasi terus memberi kesan kepada orang ramai semasa negara berada dalam Fasa Peralihan Ke Endemik COVID-19 kini.

“Pasaran bebas sepatutnya memastikan harga kekal kompetitif dalam kalangan pemain. Tetapi ini tidak berlaku. Tambang Grab semakin meningkat.

“Apabila keadaan tidak terkawal seperti hari ini, maka wajarlah kerajaan bertindak. Tujuan utama mempunyai menteri dan kerajaan adalah untuk campur tangan apabila perlu. Jika tidak, baik tak perlu ada (menteri dan kerajaan).

“Sekiranya mereka terus mencari pasaran bebas, jadi apa gunanya kerajaan? Ini adalah sebab kenapa saya tertanya-tanya. Nampak seperti mereka mengambil pendekatan mudah. Jika ini berlaku, kita tidak perlukan menteri,” katanya kepada portal, The Vibes.

Nadzim berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini yang mengatakan, kerajaan kekal tidak mengawal tambang e-hailing, walaupun wujud ketidakpuasan hati pengguna berhubung isu kenaikan caj itu sejak kebelakangan.

Ka Siong berkata, pengendali perkhidmatan itu dibenar untuk menetapkan struktur tambang dan syarat perkhidmatan mereka sendiri kepada pengguna dalam pasaran berkonsepkan bebas.

Beliau juga mengaitkan lonjakan tambang itu disebabkan ketidakseimbangan bekalan dan permintaan serta trafik tinggi, selain pengurangan pemandu berdaftar, berbanding ketika tempoh pra-pandemik.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat beberapa aduan daripada pengguna yang mendakwa mengenai kenaikan tambang Grab hampir dua kali ganda, walaupun pada waktu bukan puncak dengan penelitian dijalankan The Vibes mendapati, caj dikenakan jauh lebih tinggi jika dibandingkan perkhidmatan kurang popular pengangkutan awam itu, seperti MyCar dan AirAsia.

Orang dalam industri mencadangkan bahawa perkhidmatan baharu boleh memberi subsidi kepada tambang untuk meningkatkan bilangan pengguna mereka, sekali gus tambang dikenakan lebih rendah.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pendekatan diambil kerajaan (tidak mengawal tambang) adalah tepat kerana ini akan menggalakkan persaingan, selain memastikan harga lebih baik untuk orang ramai.

Ditanya mengapa tambang dikenakan Grab lebih tinggi berbanding pesaing syarikat itu, Yusof berkata, ia mungkin disebabkan penguasaan pasaran semasa pihak berkenaan.

“Apa pun, saya percaya pasaran terbuka akan membawa kepada persaingan sihat. Walaupun Grab dilihat memonopoli industri, lebih ramai pemain boleh masuk dan bersaing dalam tambang,” katanya.

Pada masa sama, beliau mencadangkan pengguna mencuba perkhidmatan alternatif jika merasakan tambang dikenakan Grab tidak munasabah dengan mengambil kira banyak pilihan di pasaran hari ini.

Menurut Ka Siong, pada masa ini terdapat 21 perkhidmatan e-hailing berlesen beroperasi di seluruh negara.

“Pengguna ada pilihan. Jika anda rasa tambang teksi lebih murah, maka pilih. Terdapat juga begitu banyak perkhidmatan e-hailing berbeza. Jadi buat perbandingan sendiri,” katanya. - Getaran, 24 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

2

Ekonomi 2 minggu yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Beras Putih: Kerajaan Tidak Buat ‘U Turn’ - Fahmi

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 22 jam yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini