web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ikan Laut Semakin ‘Ghaib’ Sejak 7 Tahun Lalu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 3:41PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekurangan pendaratan ikan, terutama di utara Semenanjung sehingga menyebabkan harga ikan di pasaran meningkat mendadak dan mencetuskan kebimbangan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), bukan isu baharu.

Menurut sumber Jabatan Perikanan kepada Getaran, isu tersebut mula tercetus sejak tahun 2015 dan menjadi kebimbangan pihak berkenaan kerana ia semakin berlanjutan dan bukan hanya disebabkan cuaca tidak menentu seperti didakwa.

“Sebenarnya, isu pendaratan ikan ini sudah pun berlaku sejak tahun 2015 dan apa yang menjadi kebimbangan kita, jumlahnya semakin berkurangan disebabkan jumlah tangkapan terlalu besar pada tiap-tiap tahun.

“Kerakusan ini menyebabkan ia berkurangan dengan mendadak, khususnya di laut pantai dan antara faktor utamanya adalah wujud aktiviti penangkapan ikan tidak dilaporkan serta disahkan, iaitu tangkapan secara haram.

“Malah, ada nelayan zon C mengambil kesempatan dengan melakukan penangkapan ikan di zon A dan zon B menyebabkan ia sudah tidak terkawal,” katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, NEKMAT memaklumkan pendaratan ikan, terutama di utara Semenanjung berkurangan sehingga 70 peratus, iaitu daripada lebih sejuta tan kepada kira-kira 300,000 tan sebulan, berikutan cuaca tidak menentu sejak dua bulan lalu.

Pengerusinya, Abdul Hamid Bahari berkata, kekurangan bekalan ikan itu, menyebabkan harga ikan di pasaran turut meningkat.

Jelasnya, keadaan itu turut mengakibatkan ramai nelayan mengeluh susulan pendapatan mereka merosot.

Sehubungan kemelut itu, katanya, harga ikan seperti ikan kembung bersaiz kecil, kini dijual pada RM12 hingga RM14 sekilogram, berbanding antara RM3 hingga RM4 sebelum ini.

Ditanya berhubung dakwaan tangkapan ikan di laut dalam (zon C) dipelopori nelayan asing, sumber berkenaan tidak menolak dakwaan tersebut, namun tidak mahu mendedahkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Sumber memaklumkan, pihaknya hanya boleh mendedahkan Laporan Pendaratan Ikan sehingga 2020, disebabkan masih belum menerima pengesahan dari Ketua Pengarah bagi perincian maklumat tahun 2021 dan 2022.

Berdasarkan laporan tersebut, ternyata benar pendaratan ikan semakin berkurangan disebabkan aktiviti penangkapan tidak terkawal, khususnya di laut pantai.

Walaupun jumlah ikan ditangkap di laut pantai menurun pada 2020, iaitu 1,169,201 tan berbanding 1,148,729 tan pada tahun 2015, ia masih kekal berada di paras 1,000,000 tan dengan Jabatan Perikanan merekodkan 1,195,360 (2016); 1,170,270 (2017); 1,192,722 (2018) dan 1,192,354 pada tahun 2019.

Jumlah penangkapan ikan di laut dalam juga perlu menjadi kebimbangan pelbagai pihak, khususnya kerajaan walaupun jumlahnya menurun pada tahun 2020, iaitu 214,098 tan berbanding 337,321 tan (2015).

Sementara itu, hasil risikan Getaran mendapati wujud penangkapan haram dipelopori nelayan asing, khususnya dari Vietnam yang sekiranya tidak dipandang serius akan memberi implikasi besar kepada rantaian makanan rakyat di negara ini. - Getaran, 24 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Besar Betul Ikan Tu...

2

Semasa 2 tahun yang lalu

M'sia - Vietnam Setuju Tingkat Kerjasama Tangani Penangkapan Ikan Secara Haram

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 170,000 Benih Ikan, Udang Dilepaskan Ke Sungai Perak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Sekatan Import Ikan Dari Jepun - Menteri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar