web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peningkatan HFMD Dijangka Susulan Sambutan Hari Raya - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 2:59PM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15,548 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan bagi seluruh negara pada minggu epidemiologi (ME) ke-20 yang berakhir Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 106.6 peratus, berbanding ME ke-19 yang hanya mencatatkan 7,526 kes.

“Peningkatan kes pada ME ke-20 sudah dijangkakan berikutan pergerakan penduduk Malaysia semasa sambutan hari raya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau menambah, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 13,640 kes, diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebanyak 6,206 kes, Perak (4,099), Kelantan (3,726) dan Sabah (3,352).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes HFMD sebanyak 47,209, iaitu peningkatan sebanyak 20 kali ganda, berbanding pada tahun 2021 sehingga ME sama, iaitu hanya mencatatkan 2,237 kes.

Jelasnya, kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah, iaitu sebanyak 43,736 kes atau 93 peratus diikuti kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun, iaitu 2,765 kes atau enam peratus.

Sementara itu, beliau memberitahu, selebihnya berumur atas 12 tahun, iaitu 696 kes atau satu peratus.

“Berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) di Malaysia, tiga virus utama menyebabkan penularan penyakit HFMD dalam komuniti pada tahun 2022 adalah Coxsackie A16 (CA16), Coksackie A6 (CA6) dan Enterovirus 71 (EV71).

“Pada tahun 2022, sehingga kini, terdapat dua kes HFMD positif EV71 dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis). Kedua-dua kes tersebut adalah kanak-kanak berumur bawah enam tahun,” katanya.

Tambah Noor Hisham, majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tadika dan prasekolah, iaitu 711 wabak diikuti rumah persendirian (407) dan pusat jagaan kanak-kanak (42). - Getaran, 24 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 2 tahun yang lalu

Ambil Mudah Gejala Antara Kekangan Utama Basmi Tibi - Pakar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

45 Murid Dijangkiti HFMD, Perak Ambil Langkah Kawalan - Exco

3

Semasa 3 tahun yang lalu

HFMD Catat Penurunan, Langkah Pencegahan Masih Perlu

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Kes HFMD Dijangka Turun 2 Hingga 3 Minggu Lagi - Khairy

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad