web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penternak Tawar ‘Korek Najis Ayam’ Tampung Kekosongan Pekerja, Tangani Bekalan Terhad

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 2:09PM

Antara skop tugas pekerja am adalah menggorek tahi ayam setebal enam inci mengikut keluasan reban. - Foto Facebook Wak Akob

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selain faktor kualiti dedak dan jangkitan penyakit, kekurangan pekerja di reban ayam juga antara punca bekalan mentah itu terhad.

Perkara itu didedahkan syarikat penternakan dan pengedaran ayam, Wak Akob menerusi satu perkongsian di Facebook, hari ini.

Menurut syarikat itu, sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan dan aktiviti rentas negara dibenarkan, ramai pekerja asing pulang ke negara mereka.

“Makanya banyak industri yang melibatkan pekerja asing mengalami masalah kekurangan pekerja.

“Ditambah pula dengan perubahan polisi yang menyukarkan lagi proses mendapatkan pekerja asing,” katanya.

Jelas syarikat itu, apabila tiada pekerja asing, maka ladang ternakan ayam tidak dapat beroperasi.

“Akibatnya tiada cara lain dapat dilakukan melainkan menutup reban ayam.

“Selain itu, inisiatif lain dijalankan ialah seorang pekerja bekerja untuk dua reban,” katanya.

Susulan itu, syarikat berkenaan menawarkan peluang kepada rakyat tempatan bagi mengatasi isu kekurangan pekerja di reban ayam.

Berdasarkan perkongsian tersebut, gaji ditawarkan bagi jawatan pekerja am di reban ayam bermula dari RM2,200 hingga RM2,800.

 

TAWARAN KERJA PALING HANGAT 2022 Gaji Sehingga RM2800!! Salah satu punca kekurangan bekalan ayam ialah kekurangan...

Posted by Wak Akob on Monday, May 23, 2022

Namun, apa yang menarik perhatian adalah skop tugas bagi jawatan tersebut disifatkan agak ‘rare’.

Antaranya, menggorek tahi ayam setebal enam inci mengikut keluasan reban, selain memindahkan beg dedak 50 kilogram (kg) dari lori ke reban ayam.

Pada masa sama, skop tugas jawatan itu juga memerlukan pekerjanya mengangkat 100 beg dedak 50kg setiap hari dan memasukkannya di tempat makan serta membela ayam.

“Memang mencabar dan ‘rare’. Ada ke yang sanggup rebut peluang pekerjaan ini? Tepuk dada, tanya selera.”

Terdahulu, tauke ayam Wak Akob, Yani Hardinata Hairuddin tampil berkongsi kisah sebenar di sebalik isu kekurangan bekalan ayam di negara ini.

Beliau berkata, masalah yang berlaku bukanlah konspirasi atau agenda tersembunyi pihak tertentu.

Namun, katanya, ia berpunca daripada peningkatan harga dedak dan kos ternakan yang turut mempengaruhi harga serta bekalan ayam di pasaran.   

“Jadi kami penternak kurangkan kemasukan ayam di ladang supaya kerugian dapat dikurangkan. Sementara kami nampak titik keluar, jadi sebab itulah ayam kurang.

“Tiada konspirasi, tiada agenda, hanya penternak nak meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Bagaimanapun, jelas Yani Hardinata, pengilang dedak dan penternak sudah lama menyerap kenaikan harga supaya pengguna tidak terbeban.

Katanya, apabila harga kawalan ditetapkan, penternak bukan sahaja kekurangan untung, tetapi juga mengalami kerugian. - Getaran, 24 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Ayam Naik? Tiada Laporan Kekurangan Bekalan Diterima Di Peringkat Ladang - DVS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad