web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NAFAS Sedia Sahut Cabaran PM, Miliki Kemudahan Lengkap Pengimport Ayam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 6:08PM

Datuk Zamri Yaakob berkata NAFAS mempunyai rangkaian yang kukuh melibatkan 14 pertubuhan peladang negeri dan 279 Pertubuhan Peladang Kawasan. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sedia menyahut cabaran yang dilontar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar pertubuhan itu menjadi sebahagian daripada pengimport ayam.

Dalam sesi wawancara bersama Getaran, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob berkata, NAFAS sememangnya mempunyai kelengkapan ke arah itu termasuk memiliki kilang memproses, makanan dan benih ayam sendiri.

Tambahan pula menurut beliau, pihaknya mempunyai rangkaian yang kukuh melibatkan 14 pertubuhan peladang negeri (PPN) dan 279 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

“Memang kita sudah buat pun. NAFAS ada kilang memproses ayam, kita ada kilang makanan ayam, kita juga mengeluarkan benih ayam.

“Jadi, saya harap kerajaan boleh memfokuskan kepada NAFAS untuk memberi peruntukan geran kepada kita,” katanya hari ini.

Perdana Menteri pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Ke-48 pada 18 Mei lalu, melahirkan harapan untuk melihat pertubuhan berkenaan dapat mengambil kesempatan dan menjadi sebahagian daripada pengimport makanan ayam.

Jelas beliau, NAFAS perlu menguasai seluruh rantai nilai pengeluaran ayam, sekali gus menamatkan sebarang ugutan golongan tidak bertanggungjawab terhadap pihak kerajaan.

“Kalau NAFAS adalah pengeluar ayam, mereka boleh memohon untuk mendapatkan subsidi iaitu RM1.40 sekilogram. Kita harap NAFAS berjumpa MAFI supaya membuat permohonan,” katanya.

Mengulas lanjut Zamri berkata, NAFAS memiliki kemudahan yang lengkap ke arah itu dengan dua kilang memproses ayam sendiri di Juru, Pulau Pinang dan Johor.

Beliau menambah, NAFAS juga telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan sebuah syarikat dari Asia Barat untuk bersama mengusahakan penternakan ayam secara besar-besaran di Malaysia, melibatkan pengeluaran satu juta ayam sebulan.

“Kita sudah ada rangkaian di sini, kita sudah ada vendor dan penternak kita, cuma mahu membesarkannya.

“Tetapi pembesaran ini juga memerlukan modal sebab itu kerajaan perlu membantu dalam keadaan sekarang.

“Bantuan peruntukan geran beri kepada NAFAS. Kita sudah ada PPN, PPK jadi ia mudah kita ada tanah, semua kita ada.

“Sekiranya peruntukan itu disalurkan, NAFAS akan dapat melaksanakan peranan tersebut secepat mungkin dan ini diperkuatkan lagi dengan kepakaran semua ahli kami yang menternak ayam di bawah PPN,” katanya. - Getaran, 23 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Ayam Naik? Tiada Laporan Kekurangan Bekalan Diterima Di Peringkat Ladang - DVS

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad