web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kejatuhan Ringgit Tidak Jejas Projek ECRL

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 7:20PM

Noor Azlan berkata, kejatuhan ringgit tidak akan menjejaskan Pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur ECRL (ECRL).

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Kejatuhan ringgit tidak akan menjejaskan Pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur ECRL (ECRL), kata Ketua Pembinaan Infra, Malaysia Rail Sdn Bhd (MRL), Noor Azlan Salleh.

Menurut beliau, kos pembinaan ECRL buat masa ini masih kekal bernilai RM50.27 bilion dan akan disiapkan seperti dijadualkan.

“Buat masa ini kerja berjalan seperti yang dirancang. Kita belum kenal pasti kesan terhadap harga semasa.

“Dari segi kenaikan harga barang binaan kerana kejatuhan ringgit pun kita jangka kesan itu tidak besar buat masa ini,” katanya kepada media selepas Majlis Rumah Terbuka ECRL, di sini.

Noor Azlan berkata, kebanyakan bahan binaan projek ECRL seperti simen, dan batu bata adalah dari Malaysia.

“Hanya besi sahaja yang kita import dari negara China tapi bagi bahan binaan lain kebanyakannya dari Malaysia,” jelasnya.

Beliau memberitahu, enam daripada keseluruhan 59 terowong ECRL telah berjaya disiapkan setakat ini.

“Ia melibatkan lokasi di Paka dan Dungun, Terengganu manakala di Pahang, dibina di Gambang, Terowong Sri Jaya, Kg Alor Gading dan Kg Sentosa 3.

“Kami mensasarkan 10 lagi terowong ECRL dapat disiapkan tahun depan,” katanya.

Kesemua 59 terowong tersebut dijadualkan siap sepenuhnya Disember 2026, dengan kos keseluruhan RM50.27 bilion. - Getaran, 19 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad