web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penghapusan AP Makanan Penyelesaian Jangka Pendek, Tak Mampu Kekal Lama - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 3:42PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penghapusan permit import (AP) bahan makanan yang diumumkan kerajaan semalam hanya baik untuk mengatasi masalah jangka pendek.

Pakar ekonomi, Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, negara pada hakikatnya memerlukan dasar keselamatan makanan sendiri untuk penyelesaian jangka masa panjang.

Bercakap kepada Getaran, beliau berkata, perancangan dasar keselamatan tersebut perlu bermula sekarang memandangkan sektor pertanian memerlukan tempoh masa tertentu sebelum hasilnya dapat dituai.

Katanya, perancangan jangka panjang itu dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada bahan-bahan import.

“Kita boleh membuat penghapusan AP, orang boleh import dan sebagainya, tetapi untuk jangka panjang ia tidak bagus kerana aliran kewangan tunai kita keluar, kita mengimport dan mengharap dari negara luar.

“Jika negara luar membuat sekatan bagaimana kita? Jadi, untuk mengatasi masalah jangka pendek ini ‘okay’ tetapi untuk jangka panjang kita perlu ada dasar keselamatan makanan kita sendiri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abu Sofian menyatakan demikian sebagai mengulas langkah penghapusan AP bekalan makanan oleh kerajaan yang berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan bekalan makanan di dalam negara mencukupi.

Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob
Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai berkata, pemansuhan tersebut membolehkan sesiapa sahaja mengimport makanan ke dalam negara.

Mengulas lanjut Abu Sofian berkata, perkembangan tersebut merupakan rentetan daripada krisis Russia-Ukraine yang menjejaskan pengeluaran pertanian dan sumber asli seperti gas serta minyak.

Suka atau tidak suka tegas beliau, negara turut terkena tempias daripada krisis tersebut.

“Cuma sekarang ini memandangkan kita mempunyai banyak hasil bumi dan tanah yang luas, kita perlu ada keselamatan makanan dan memajukan sektor pertanian negara,” katanya.

Dalam hal ini jelasnya, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing termasuk dengan menubuhkan koperasi yang menjurus kepada sektor pertanian.

Selain itu, beliau memberitahu, agensi atau syarikat swasta sepatutnya menggerakkan inisiatif untuk mengambil alih dan memajukan semua tanah terbiar.

“Suatu ketika dahulu ada syarikat mengambil alih sawah padi untuk dikomersilkan, tetapi saya tengok tidak bertahan lama.

“Perlu ada sistem atau rancangan perniagaan yang ampuh yang boleh menghasilkan pendapatan.

“Kita perlu ingat untuk pertanian komersial memerlukan keluasan yang besar. Kalau ada tanah terbiar itu digabungkan jadi ia (hasil) boleh dikeluarkan secara banyak dan mendatangkan hasil lumayan,” katanya.

Abu Sofian menarik perhatian, konsep payung juga boleh dilaksanakan dengan cara membenarkan syarikat besar mengetuai rantaian pengeluaran, bagi membolehkan penggiat pertanian atau individu mengambil bahagian.

“Payung ini seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjadi kepalanya, di bawahnya ada semua mereka yang menjual di pasar tani.

“Jadi mereka menjual kepada FAMA, sebelum  lembaga itu melakukan pemasaran dan jual kepada pihak tertentu,” ujarnya.

Jelasnya, terdapat beberapa konsep boleh difikirkan supaya bidang pertanian boleh digerakkan untuk keselamatan makanan dari peringkat bawah.

“Kalau kita berharap sangat dengan import, nanti ada sekatan pengeluar contohnya jika Thailand menghenti atau mengurangkan penjualan beras.

“Memandangkan beras makanan asas kita, kita akan kurang makan nasi, kerana itu penggantungan kepada import makanan perlu dikurangkan,” katanya. - Getaran, 19 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Had Umur 16 Tahun Untuk Guna Media Sosial Bukan Sekatan, Tapi Perlindungan - Pakar

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

MAQIS Johor Sita 25 Tan Perut Babi Bernilai RM400,000

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad