web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Majikan Kena Kemaskini Maklumat Pekerja Sebelum Jun Atau Berdepan Tindakan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 4:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Majikan di Pahang diberi masa sehingga hujung bulan ini untuk mengemas kini maklumat pekerja mereka kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi mengelak berdepan tindakan.

Pengarah PERKESO Pahang, Tarmizi Mukhtar berkata, pihaknya sedang melakukan pemutihan bagi mengesan majikan yang belum mendaftarkan pekerja.

“Sepanjang bulan ini (Mei) kita lakukan Ops Pemutihan dan mulai Jun, kita akan mulakan Ops Kesan bagi mengesan majikan yang tidak mendaftarkan pekerja mereka dengan PERKESO.

“Sebenarnya sudah dua tahun kita tidak melakukan Ops Kesan kerana COVID-19 dan tahun ini, kita akan lakukan operasi untuk memastikan semua majikan dan pekerja mencarum, sekali gus melindungi mereka jika berlaku insiden atau kejadian tidak diingini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Pemimpin Masyarakat di sini, hari ini.

Kali terakhir PERKESO melancarkan Ops Kesan adalah pada April 2019.

Tarmizi Mukhtar
Tarmizi Mukhtar

Semua majikan perlu mendaftar pekerja mereka selaras dengan Akta PERKESO 1969, manakala bagi majikan kepada pekerja warga asing, tertakluk dengan Akta Insurans Pekerjaan 2017.

Mengulas mengenai jumlah pampasan dibayar PERKESO Pahang kepada pencarum sejak awal tahun ini, Tarmizi berkata, sejumlah RM10.4 juta sudah diagihkan kepada penuntut yang layak dalam tempoh tiga bulan pertama 2022.

“Kebanyakannya membabitkan tuntutan akibat kemalangan dan hilang upaya sementara,” katanya.

Tarmizi berkata, pihaknya juga memberi jaminan setiap tuntutan oleh pencarum diproses dan diluluskan dalam tempoh tiga hari selepas menerima laporan.

“Kita sentiasa berusaha mempercepatkan setiap proses (tuntutan) dan sebaik menerima laporan atau pencarum mengemukakan tuntutan, kita pastikan dalam masa tiga hari, semua dokumen dilengkapkan.

“Pembayaran bagi tuntutan juga kita akan selesaikan dalam masa tiga hari selepas semua (dokumen) lengkap dan diluluskan,” katanya. - Getaran, 18 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Karnival Kerja Wanita MYFuturejobs PERKESO 2024 Tawar 10,000 Peluang Pekerjaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad