web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keselamatan Petugas Media Terabai, Majlis Bebas Perlu Ditubuh Segera - NUJ

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 7:24PM

Farah Mashitah Abdul Patah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah majlis media mewakili semua organisasi yang inklusif dan bebas perlu ditubuhkan segera bagi melindungi keselamatan dan kepentingan golongan itu.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM), Farah Mashitah Abdul Patah berkata, gangguan dan halangan terhadap petugas media bukan satu isu baharu.

Menurut beliau, tiada pihak malangnya tampil bertanggungjawab atau membantu memperjuangkan nasib petugas media apabila berdepan masalah seumpama ini.

“NUJM amat kesal dengan sikap sesetengah pihak yang memandang enteng isu keselamatan petugas media ketika menjalankan tugas di lapangan.

“Apakah semua pihak hanya berpeluk tubuh dan menunggu kejadian tidak diingini berlaku kepada petugas media, sebelum tindakan tegas diambil atau undang-undang digubal bagi melindungi petugas yang menjalankan tugas berasaskan prinsip etika kewartawanan,” katanya.

Tegas beliau, perkara sama dikhuatiri akan terus berulang sekiranya tiada tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang mengancam atau melakukan keganasan fizikal dan lisan kepada petugas media.

Beberapa hari lalu, dua petugas portal berita The Vibes iaitu wartawan, Qistina Nadia Dzulqarnain dan Ketua Media Sosial, Lancelot Theseira dihalau dan dikasari oleh Pengawal Keselamatan di Bangunan UTC Pudu Sentral.

Walaupun laporan polis telah dibuat, Polis Dang Wangi bagaimanapun tidak akan melanjutkan siasatan, termasuk memanggil pengawal keselamatan berkenaan untuk dirakam percakapan.

Farah Mashitah berkata, media adalah suara dan nadi rakyat, oleh itu, menghalang petugas media daripada melaporkan isu yang membabitkan kepentingan negara dan masyarakat adalah sama seperti menidakkan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat.

“Hak petugas media perlu diangkat kerajaan kerana mereka hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan majikan,” katanya. - Getaran, 16 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Hattan Digesa Mohon Maaf, Beliau Tidak Profesional, Hina Tugas Kewartawanan’ - GKMM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Hattan Diminta Mohon Maaf, ‘Jangan Hina Wartawan, Boleh Sahaja Bersikap Profesional, Sopan’

3

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Petugas Media ‘Jambatan’ Maklumat dan Masyarakat, Usah Perkecil Peranan Mereka

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar