web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Petugas Media ‘Jambatan’ Maklumat dan Masyarakat, Usah Perkecil Peranan Mereka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 12:09PM

Peranan petugas media sejak sebelum merdeka terbukti mempunyai kepentingan dan impak besar dalam mencetuskan revolusi, membangkitkan semangat serta mengubah keadaan sedia ada, termasuk landskap negara - Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Petugas media tanpa mengira platform penerbitan, sama ada cetak atau elektronik adalah penghubung penting bagi menyampaikan maklumat serta perkembangan sesuatu perkara kepada masyarakat.

Peranan petugas media sejak sebelum merdeka terbukti mempunyai kepentingan dan impak besar dalam mencetuskan revolusi, membangkitkan semangat serta mengubah keadaan sedia ada, termasuk landskap negara.

Ia termasuk ketika tempoh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang menyaksikan mereka turut memikul tugasan cukup penting untuk menyampaikan perkembangan dan aktiviti dijalankan calon, parti serta pihak berkaitan.

Justeru, aduan mengenai tindakan segelintir ahli politik yang pilih kasih ketika memberikan kenyataan atau memaklumkan perkembangan, sehingga ada memperlekeh segelintir petugas terbabit atau nama media dibawa mereka, dianggap tidak wajar dan kurang bijak serta perlu diubah.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Farah Marshita Abdul Patah berkata, pihaknya memandang serius aduan petugas media sejak kebelakangan ini, berhubung layanan berat sebelah terhadap kumpulan itu ketika PRU-15.

Farah Marshita Abdul Patah berkata, pihaknya memandang serius aduan petugas media sejak kebelakangan ini, berhubung layanan berat sebelah terhadap kumpulan itu ketika PRU-15 - Gambar Fail
Farah Marshita Abdul Patah berkata, pihaknya memandang serius aduan petugas media sejak kebelakangan ini, berhubung layanan berat sebelah terhadap kumpulan itu ketika PRU-15 - Gambar Fail

Menurutnya, tanggungjawab seseorang petugas media adalah untuk mengemukakan soalan bagi mendapatkan jawapan relevan berkaitan pelbagai isu berbangkit.

“Era di mana media digunakan sebagai ‘lidah’ pemerintahan kerajaan atau pembangkang sudah pun berakhir.

“Zaman sudah berubah, maka layanan terhadap petugas media juga haruslah ditukar. Sikap hormat menghormati antara satu dengan lain amat perlu, selain memahami tugas masing-masing supaya semuanya berjalan baik,” katanya kepada Getaran.

Farah Marshita berkata, petugas media dari mana-mana agensi sekali pun harus diberi layanan sama rata tanpa mengira latar belakangnya.

“Petugas media perlu diberi layanan adil sama ada mereka daripada media arus perdana, mahu pun portal, bagi membolehkan mereka mendapat akses kepada maklumat diperlukan tanpa diskriminasi,” katanya.

Tegasnya, petugas media dari sesebuah agensi pastinya bertanyakan soalan yang bersesuaian topik atau diminta pihak agensi kerana ia relevan, justeru semua pihak harus memahami perkara itu.

“Ahli politik juga ada hak untuk menolak menjawab soalan dikemukakan, namun tak perlulah sehingga meperlekeh atau memperkecil peranan petugas media tersebut hanya disebabkan berbeza pandangan.

“Ia adalah sesuatu hubungan yang tidak sihat untuk jangka masa panjang, memandangkan kedua-dua pihak saling memerlukan untuk memberi dan menyampaikan maklumat,” katanya.

Menyuarakan pendapat senada, jurucakap Gerakan Media Merdeka (GeramM), Radzi Razak berkata, petugas media dan ahli politik perlu memahami tanggungjawab masing-masing dalam menyalurkan maklumat.

Jurucakap Gerakan Media Merdeka (GeramM), Radzi Razak berkata, petugas media dan ahli politik perlu memahami tanggungjawab masing-masing dalam menyalurkan maklumat - Gambar Hiasan Bernama
Jurucakap Gerakan Media Merdeka (GeramM), Radzi Razak berkata, petugas media dan ahli politik perlu memahami tanggungjawab masing-masing dalam menyalurkan maklumat - Gambar Hiasan Bernama

Jelasnya, kerjasama antara media dan ahli politik itu sudah ‘bertaut’ sejak bertahun lamanya.

Keadaan itu, katanya, pasti menuntut sikap hormat-menghormati antara kedua-dua pihak bagi meraikan demokrasi di negara ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, berdasarkan hak peribadi, ahli politik yang ditemubual atau diaju soalan boleh memaklumkan untuk tidak mahu menjawab perkara berkenaan.

Katanya, cuma apa yang menjadi isu apabila keengganan menjawab segelintir pihak terbabit disusuli reaksi seperti merendah dan memperlekehkan.

“Kami berpendapat bahawa wartawan ada hak untuk bertanyakan soalan dan ahli politik juga ada hak untuk menjawab atau tidak.

“Namun tidak perlu merendahkan atau memperlekeh mana-mana pihak,” katanya. - Getaran, 18 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad