web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hattan Diminta Mohon Maaf, ‘Jangan Hina Wartawan, Boleh Sahaja Bersikap Profesional, Sopan’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 9:05PM

Hattan diminta membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya yang didakwa memalukan seorang penyampai berita ketika sedang bersiaran secara langsung - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyanyi veteran, Datuk Hattan diminta membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya yang didakwa memalukan seorang penyampai berita ketika sedang bersiaran secara langsung.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Farah Marshita Abdul Patah berkata, sikap ditunjukkan penghibur itu sangat tidak wajar kerana petugas media bukanlah peserta pertandingan realiti yang boleh dimalukan atau ‘disekolahkan’ di khalayak ramai.

Menurutnya, tindakan memalukan pengamal media oleh mana-mana pihak, termasuk artis, ahli politik atau menteri harus dihentikan segera.

“Dalam kes membabitkan penyampai berita didakwa dimalukan Hattan, NUJ meminta supaya beliau bertindak lebih profesional. Sekiranya beliau tidak mahu menjawab soalan diajukan, boleh sahaja menolak pertanyaan itu dengan sopan.

“Tindakan seperti itu akan memulakan ‘chain of events’ (rantaian), di mana selepas ini orang lain juga boleh bertindak kurang ajar dengan petugas media,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini. 

Dalam pada itu, Farah Marshita menasihatkan Hattan supaya belajar untuk saling menghormati dan menunjukkan teladan baik, terutamanya kepada generasi muda.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya memuji sikap penyampai berita berkenaan yang kekal tenang dan profesional selepas tindakan disifatkan ‘biadap’ dilakukan pemilik lagu ‘Memburu Rindu’. 

Menurutnya, pendirian NUJ adalah untuk saling menghormati, tidak kiralah pangkat, usia mahupun profesion.

“Setiap individu mempunyai hak untuk dihormati dan ditegur dengan baik sekiranya salah.

“Memandangkan kita kini berada di bulan Syawal, apa kata saling bermaafan. Industri di Malaysia ini tak besar dan satu hari nanti kita pasti akan saling memerlukan,” katanya. 

Sementara itu, Gerakan Media Merdeka (GERAMM) menerusi kenyataan kepada Getaran memaklumkan, tindakan Hattan memutuskan talian telefon sebelum selesai sesi wawancara, jelas mencerminkan sikap tidak profesionalnya sebagai artis senior. 

Apatah, beliau berkata, bahasa digunakan Hattan boleh dianggap seolah-olah memperlekeh atau merendahkan wartawan berkenaan.

Jelasnya, GERAMM berpandangan individu ditemuramah boleh lebih menjaga adab sesama manusia, kecuali jika sememangnya lebih selesa dianggap ‘agak biadab’.

“Walaupun mungkin sesetengah pertanyaan dianggap ‘dangkal’ atau ‘tak buat homework (penyelidikan)’, perlu difahami bahawa ada banyak pertimbangan sudah dibuat untuk sebarang sesi wawancara secara langsung,” katanya. 

Sehubungan itu, GERAMM menunjukkan solidariti terhadap wartawan terbabit dan pasukan belakang tabir yang kekal tenang menghadapi hal tidak dijangka.

“Menghadapi kerenah artis atau sebarang individu yang memandang rendah kepada wartawan adalah hal biasa. 

“Sebarang permohonan maaf, walaupun tidak diminta, hanya akan lebih mencerminkan sifat sebenar individu berkenaan, sama ada ikhlas menerima teguran atau sebaliknya,” katanya. 

Terdahulu, tular video temu bual di antara Hattan dan seorang penyampai berita di sebuah stesen penyiaran swasta Astro Awani, sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, dengan rata-rata mengecam teruk penyanyi tersebut serta menyifatkannya sebagai individu tidak beradab.

Menerusi temu bual secara langsung itu, Hattan secara tiba-tiba mempertikaikan soalan diutarakan penyampai berita terbabit yang bertanyakan mengenai penulisan lagu dan lirik kumpulan XPDC yang meninggalkan kesan besar kepada hati pendengar.

Temu bual itu diadakan susulan kematian vokalis XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mael XPDC yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar, Johor kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

Hattan kemudian bertanya sama ada penyampai berita itu mengetahui sejarah mengenai individu yang menghasilkan lagu kumpulan rock terkenal terbabit. 

Malah, penyanyi lagu 'Mahligai Syahdu' itu dengan nada sinis turut menganggap penyampai berita berkenaan tidak melakukan persediaan dan kajian sebelum menemubualnya. 

Lebih dianggap melampau, Hattan terus mematikan talian telefon selepas menjelaskan serba sedikit mengenai perkara itu. - Getaran, 29 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

'Fitnah Saya Kempen Dalam Masjid, Sila Minta Maaf Dalam Tempoh 24 Jam'

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Kenyataan Awesome TV Biadab, Gesa Mohon Maaf Secara Terbuka - Persatuan Filem

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Hattan Didakwa Malukan Wartawan: ‘Biar Betul Datuk Tak Tahu Temu Bual Live?’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Giliran Hattan Pula Disekolahkan Netizen, ‘Makin Tua Patutnya Makin Matang…’

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad