web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hattan Dikecam Teruk, Bila Tegur Penyampai Berita Tak Buat ‘Homework’ Pasal Isu Mael Dan XPDC 

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal serta mengecam tindakan Hattan yang disifatkan seolah-olah sengaja memalukan penyampai berita wanita berkenaan secara terbuka sewaktu diwawancara mengenai pemergian Mael XPDC.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 2:07PM

Hattan dikecam netizen selepas dikatakan memberikan teguran kepada seorang penyampai berita yang didakwa tidak membuat ‘homework’ ketika ditanya mengenai Mael XPDC. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemergian vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mael XPDC yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Muar, Johor akibat diserang penyakit semput pada 27 April lalu, telah memberikan kesan dalam kalangan penggiat seni mahu pun peminat tegarnya. 

Bahkan, sebuah organisasi berita penyiaran terkemuka milik stesen televisyen kabel berbayar tempatan turut membuat segmen khas bagi mengenang pemergian mengejut Mael XPDC. 

Allahyarham Mael XPDC telah menghembuskan nafas terakhir pada 27 April lalu
Allahyarham Mael XPDC telah menghembuskan nafas terakhir pada 27 April lalu

Menerusi segmen khas tersebut, pihak organisasi berita penyiaran itu telah menghubungi Datuk Hattan sebagai panel tetamu untuk berkongsi pendapatnya mengenai Mael XPDC. 

Namun, sewaktu soalan pertama diajukan, Hattan telah memberikan teguran buat penyampai berita tersebut kerana tidak membuat ‘homework’ sebelum bertanya soalan kepadanya terlebih dahulu dan rakaman video sesi wawancara itu menjadi tular di media sosial. 

Dalam rakaman video berkenaan, kedengaran pembaca berita berkenaan meminta pandangan Hattan mengenai lirik-lirik lagu kumpulan XPDC yang diketahui 'makan dalam'.

Hattan bertanyakan kembali sama ada pembaca berita tahu mengenai sejarah dan siapa yang menulis lirik lagu kumpulan itu.

Bahkan, dengan nada serius, penyanyi lagu ‘Mahligai Syahdu’ ini bertanya sama ada pembaca berita tersebut membuat homework sebelum bercakap mengenai kumpulan legenda itu.

Tak cukup di situ, Hattan juga seolah-olah berasa kecewa apabila pembaca berita itu salah meneka nama penulis lirik yang dianggap sudah pun meninggal dunia dan meminta orang yang betul-betul tahu untuk menemubualnya.

Sedutan wawancara secara langsung bersama Datuk Hattan di Berita Astro Awani saluran 501:

WAA : Lirik-lirik lagu-lagu XPDC ini orang kata sangat² makan dalam Dato, apa yang Dato boleh kongsikan.

DH : Lagu-lagu XPDC banyak ditulis... awak tau tak tau dia punya sejarah ni.

WAA : Mungkin Dato boleh ceritakan.

DH : You buat kajian ke tak buat kajian ni.

WAA : hehe...silakan Dato.

DH: Dia bukan Mael yang tulis lirik, yang banyak buat lirik untuk XPDC Allahyarham jugak siapa dia kalau you tahu.

WAA: Saari Amri.

DH : Apa la you ni.

WAA: Saari Amri Dato. 

DH : Apa ni you panggil orang yang tahu interview saya laa. Apa la you tak buat homework ke interview pasal Mael.

WAA : J.S Kevin dato.

DH : Haa baru la betul. Ada lak Saari Amri. Saari Amri Ukays adoi.

Perbualan antara Datuk Hattan dan juga pembaca berita secara langsung. Komen saya yg dlm bidang penyiaran ini; Memalukan. Walaupun siapa yang bertanya kepada kita tu samada wartawan, penyampai radio mahupun pengacara... Sbg tetamu tolong jgn malukan dan jgn aibkan jika mereka bertny soalan yg kita rasa soalan tu 'bodoh' atau tak kena. Kdg, org yg bertanya dah buat 'homework', namun bila dtg gemuruh habis semua dia tak ingat. Kedua, inilah waktu nya tugas sebagai seorang penerbit membantu mereka menyediakan soalan. Ketiga, ye betul, sblm nak temubual seseorang, kita di barisan hadapan perlu buat persiapan, siapa yg akan kita tanya dan soalan apa yg bersesuaian dengan dia.

Posted by Ashila Ashura on Thursday, April 27, 2023
 

Teguran Hattan atau nama sebenarnya  Mohd Shukri Shahabudin, 58, yang cukup pedas berkenaan telah mengundang perhatian ramai netizen. 

Rata-rata mereka telah meluahkan rasa kesal serta mengecam tindakan Hattan yang disifatkan seolah-olah sengaja memalukan penyampai berita wanita berkenaan secara terbuka.

“Setuju sangat, niat tak halal cara. Mengaibkan orang sudah itu jatuhnya. Seolah menganjing pulak ayatnya, ‘tak buat homework?,” kata pengguna @Ashila Ashura.

“Aiyoo apa Datuk gitu, ini bukan rancangan kuiz ya, ini paparan berita, memalukan waghih boto Datuk,” kata @Ain Seman.

Netizen turut memuji sikap penyampai  berita tersebut kerana dilihat berada dalam keadaan tenang  ‘steady’ serta meneruskan tugasnya sehingga selesai  meskipun berhadapan dengan sesi temubual bersama Hattan yang  tidak begitu berjalan lancar.

Seorang lagi netizen turut dilihat meluahkan rasa kasihan terhadap penyampai berita berkenaan.

“Kesian wartawan itu, terkumat-kamit jadinya. Menahan malu agaknya, Datuk ini pun kadang-kadang bagi nasihat tidak berkena tempat pula. Tak payah lah nak poyoh poyoh sangat,” ujarnya pemilik akaun @Iman.

Segelintir netizen pula dilihat menyokong Hattan dengan mengatakan, pemberita dan penerbit program berkenaan harus lebih teliti dengan penyediaan soalan.

“Ini bukan salah pemberita, penerbit harus menyediakan senarai soalan yang lebih teliti. Penerbit harus main peranan. Seharusnya,  memang ada penerbit yang memantau,” kata @Yanz Hamzah. – Getaran, 29 April 2023.

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

29 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Memang Suka 'Content' Yang Bangang – Ifa Raziah Komen Pasal Isu Tarian Gelek Dengan Aliff Syukri 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Seru Ulama Perlu Berani Buat Teguran Kepada Kerajaan

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi