web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Jenazah Pelajar USAS Disembahyang Di Masjid Raja Permaisuri Bainun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 9:06AM

Jenazah 3 sahabat, Muhamad Nabil Haikal Muhamad Fariz, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar dan Iqbal Hasnun Halimi tiba di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS untuk disembahyangkan sebelum terus dibawa balik ke kediaman waris masing-masing pada malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Tiga jenazah pelajar yang rentung dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pada tengah malam Rabu dibawa ke Masjid Raja Permaisuri Bainun Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) selepas proses pengecaman selesai.

Jenazah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, dibawa ke masjid itu pada kira-kira 11.15 malam dengan disambut oleh ratusan pelajar dan jemaah yang hadir.

Suasana hiba menyelubungi pekarangan masjid apabila jenazah dibawa untuk disembahyangkan malam tadi dan jemaah yang hadir mengerumuni jenazah bagi menatap mereka buat kali terakhir.

Jenazah Muhammad Nasrun, yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, akan dibawa ke Kuala Kubu Bharu di Selangor manakala jenazah Muhammad Nabil Haikal, yang merupakan penuntut Diploma Pentadbiran Perniagaan, pula dibawa ke Mantin, Negeri Sembilan untuk dikebumikan selepas subuh.

Sementara itu, jenazah Iqbal Hasnun, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, akan dibawa pulang untuk dikebumikan sebaik tiba di Senai, Johor.

Pengarah Hospital Taiping, Dr Narimah Yusof dalam satu kenyataan memaklumkan identiti ketiga-tiga mangsa berjaya dikenal pasti hasil bedah siasat dan pemeriksaan forensik odontologi.

"Bedah siasat yang dijalankan bersama pasukan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping dan Unit Forensik Odontologi Hospital Kuala Lumpur mengambil masa kurang 24 jam untuk mengenal pasti ketiga-tiga mangsa berkenaan," katanya.

Pagi semalam, jenazah mereka dihantar ke Hospital Taiping dari Hospital Kuala Kangsar bagi proses bedah siasat selanjutnya sebelum dituntut ahli keluarga yang menginap di sebuah hotel disediakan Kerajaan Negeri Perak sehingga urusan bedah siasat selesai.

Malam semalam, dua lagi pelajar USAS yang rentung dalam kebakaran kereta selepas kemalangan bersama dua treler di KM 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini dikenal pasti oleh ahli keluarga menerusi proses bedah siasat di Hospital Kuala Kangsar dan disolatkan di masjid sama sebelum jenzah masing-masing dibawa pulang ke Parit Buntar dan Kemaman, Terengganu untuk urusan pengebumian.

Insiden pada kira-kira 12.50 tengah malam itu menyebabkan lima pelajar USAS yang menaiki kereta Honda City rentung selepas kenderaan dinaiki terbakar akibat kemalangan bersama dua treler.

Mereka ialah Muhammad Nasrun Aidol (yang memandu kereta), Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, (penumpang depan) serta Muhammad Nabil Haikal, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, yang duduk di bahagian penumpang belakang. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar