web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Serba Dinamik: Pengarah, Pegawai Kanan Bebas, Bayar Kompaun RM15 Juta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 2:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat penyedia perkhidmatan kejuruteraan minyak dan gas bersepadu Serba Dinamik Holdings Berhad, dua pengarah dan dua pegawai kanannya dilepas dan dibebaskan oleh empat Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada pertuduhan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad.

Mereka terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO Kumpulan) Serba Dinamik, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Azhan Azmi, Pengarah Eksekutif Bukan Bebas Datuk Syed Nazim Syed Faisal dan Timbalan Presiden Akaun dan Kewangan Muhammad Hafiz Othman.

Hakim Mahkamah Sesyen Kamarudin Kamsun, Ahmad Kamar Jamaluddin, Emelia Kaswati Mohamad Khalid dan Datin Sabariah Othman memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa syarikat dan empat individu itu telah menjelaskan kompaun berjumlah RM15 juta pada 9 Mei lepas.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan dan pasport dikembalikan kepada empat individu terbabit.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti (SC), Hashley Tajudin, Zul’aida Zulkifli dan Izzat Fauzan serta Pegawai Pendakwa SC Mohd Izuddin Mohamed.

Terdahulu, Hashley memaklumkan kepada mahkamah bahawa Serba Dinamik dan empat individu itu telah menjelaskan kompaun yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Berikutan pembayaran kompaun itu, pihak pendakwaan memohon pertuduhan terhadap mereka ditarik balik di bawah Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah setelah pihak pendakwaan tiada niat untuk meneruskan kes ini, maka kami mencadangkan mereka dilepas dan dibebaskan,” katanya.

Turut hadir pada prosiding itu, peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Azhan, peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed mewakili Serba Dinamik dan peguam Farhan Read mewakili Muhammad Hafiz.

Pada 11 April lepas, Hashley memberitahu mahkamah bahawa Serba Dinamik dan empat individu itu telah menyerahkan representasi kepada AGC pada 17 Mac lepas dan diterima pada 7 April dengan syarat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan. 

Serba Dinamik, Mohd Abdul Karim, Azhan dan Syed Nazim dan Muhammad Hafiz masing-masing telah menjelaskan kompaun sebanyak RM3 juta.

Serba Dinamik, Mohd Abdul Karim yang juga Pengarah Urusan Serba Dinamik, Syed Nazim, Azhan Azmi dan Muhammad Hafiz, masing-masing didakwa dengan niat menipu telah mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal Serba Dinamik yang terkandung dalam laporan suku tahunan syarikat bagi suku kewangan berakhir 31 Dis 2020.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Bursa Malaysia Securities Berhad, Bukit Kewangan, di sini pada 26 Feb lepas mengikut Seksyen 369(a)(B) dibaca bersama Seksyen 367(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 369 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3 juta.

Muhammad Hafiz turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor atas pertuduhan memalsukan rekod perakaunan Serba Dinamik dan kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 19 Mei ini.

Mahkamah memerintahkan Mohd Abdul Karim dijamin RM500,000 manakala tiga yang lain masing-masing sebanyak RM300,000. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad