web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tangkap 3 Lelaki Seludup Lebih 52,000 Tin Arak Nilai RM1.3 Juta

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2021 7:59AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan bersama dua lelaki warga Myanmar ditahan di Putra Heights, Subang Jaya, di sini, pagi tadi kerana disyaki menyeludup 52,704 tin arak dianggarkan bernilai RM1.3 juta.

Komander Briged Tengah PGA SAC Muhammad Abdul Halim berkata ketiga-tiga suspek berusia 30 hingga 55 tahun itu ditahan di sebuah rumah ibadat dalam operasi kontraban (op kontraban) oleh sepasukan polis dari Cawangan Risik Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) serta merampas arak jenama Martens, Luxus dan Leo dalam operasi itu.

Beliau berkata arak seludup itu dipercayai diimport dari luar negara untuk pasaran tempatan dan dijual dengan harga lebih murah di sekitar Lembah Klang.

“Siasatan awal mendapati pihak pengurusan rumah ibadat itu tidak terbabit dengan kegiatan berkenaan dan percaya sindiket itu menggunakan tempat tersebut hanya sementara sebagai tempat penyimpanan arak untuk mengelak kegiatan mereka dikesan,” katanya dalam sidang media di lokasi serbuan di Putra Heights, Subang Jaya, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, tiga lelaki warga tempatan berusia lingkungan 35 hingga 45 tahun ditahan di Bandar Jaya Putra Johor Bahru, Johor kerana disyaki terlibat sindiket penyeludupan  rokok.

Muhammad berkata penahanan tiga lelaki berkenaan membawa kepada rampasan 34 kotak rokok seludup jenama Manchester berserta sebuah kereta Honda City dan enam telefon bimbit bernilai RM351,620 di sebuah premis dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, seorang lelaki tempatan berusia 22 ditahan di dalam sebuah kereta di Jalan Benteng Parit Kedondong, Parit Bunga, Tangkak, Johor, semalam kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis syabu seberat 5,190.6 gram.

Muhammad berkata dadah dianggarkan bernilai RM269,000 berkenaan dibungkus dalam plastik berwarna hitam dan cuba dicampak suspek keluar dari kereta apabila sepasukan polis dari Batalion 6 PGA, Bakri, Muar, Johor menghampiri kenderaan mereka.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar