web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menteri Kabinet Ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 2:40PM

Hishammuddin Hussein (tengah) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. - Gambar dari Facebook Hishammuddin Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa menteri Kabinet hari ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi catatan di akaun Twitter rasminya menyeru orang ramai agar memaknai ketibaan Syawal dengan memperbanyakkan pujian ke hadrat Allah SWT.

“Ramai bertugas pada 1 Syawal. Jauh dari anak isteri dan insan tercinta,” kata Hishammuddin.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar pula, mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung.

“Saya dan keluarga mengambil kesempatan memohon ribuan ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa terlanjur bicara dalam urusan seharian kita bersama. Saya doakan semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT selalu,” katanya.

Dr Adham Baba
Dr Adham Baba

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba pula mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard semasa Fasa Peralihan ke Endemik ini dengan mengambil langkah-langkah kawalan seperti menjaga kebersihan dan memakai pelitup muka.

“Semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu satu senyuman serta menjadi penyambung puak sesama kita tidak mengira bangsa dan agama. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin,” kata beliau melalui akaun Twitter miliknya.

Turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya ialah Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

 Halimah Mohamed Sadique
Halimah Mohamed Sadique

Di PUTRAJAYA, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata amalan kunjung-mengunjung sesama kaum keluarga, sanak-saudara dan rakan taulan merupakan amalan hidup masyarakat yang perlu disuburkan dalam Keluarga Malaysia.

Beliau berkata momen perpaduan itu akan menjadi antara detik indah yang akan dikenang selain dapat mengeratkan lagi ukhwah dan silaturahim sesama masyarakat dan menjadi asas kepada kekuatan Keluarga Malaysia.

Halimah berkata ketibaan Syawal kali ini amat dinanti-nantikan oleh masyarakat Islam negara ini dengan sambutan yang lebih bermakna setelah dua tahun negara berdepan wabak COVID-19.

“Dalam kita meraikan Syawal ini, aspek keselamatan dan kesihatan perlu sentiasa diberi keutamaan. Amalkan gaya hidup dan pemakanan yang betul serta sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

“Mudah-mudahan ikatan silaturahim Keluarga Malaysia yang terpateri sejak sekian lama akan sentiasa kekal kukuh dan utuh serta dapat mengecap suasana penuh muhibah dan harmoni,” katanya dalam kenyataan di sini sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik