web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bas, Antara Pilihan Warga Kota Untuk Balik Kampung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 9:20PM

Orang ramai beratur bagi membeli tiket untuk pulang ke kampung di TBS, hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dua tahun menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sambutan perayaan tahun ini sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung berikutan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Kerana itu kesempatan yang ada untuk pulang ke kampung pada Aidilfitri tahun ini tidak dilepaskan orang ramai dengan pengangkutan awam seperti bas dan tren menjadi antara pilihan mereka. 

Tinjauan Bernama di pusat terminal bas dan pusat transit integrasi pengangkutan mendapati orang ramai bersemangat untuk pulang awal berhari raya, namun mereka dilihat masih mematuhi SOP bagi mengekang penularan COVID-19. 

Di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), seorang suri rumah, Farah Hanim Ishak, 25, berkata dia telah membeli tiket bas dua minggu awal bagi memastikan mendapat tiket untuk pulang ke Kedah.

“Rasa seronok boleh balik kali ini sebagai perantau walaupun suami tidak dapat ikut atas sebab pekerjaan,” katanya yang turut disertai tiga anak dan kakak ipar.

Walaupun masing-masing ghairah untuk pulang berhari raya, orang ramai tetap mengamalkan penjarakan fizikal ketika membeli tiket bas di kaunter dan mesin tiket layan diri.

Orang ramai menunggu bagi menaiki bas untuk pulang ke kampung di TBS, hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Orang ramai menunggu bagi menaiki bas untuk pulang ke kampung di TBS, hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Berbekalkan beberapa hari lagi untuk menyambut 1 Syawal, warga kota mula memenuhi TBS hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Berbekalkan beberapa hari lagi untuk menyambut 1 Syawal, warga kota mula memenuhi TBS hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Pengangkutan awam termasuk bas menjadi antara pilihan warga kota untuk balik kampung. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Pengangkutan awam termasuk bas menjadi antara pilihan warga kota untuk balik kampung. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Bagi Nur Aqilah Fakhira Ayub, 22, pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), ini merupakan kali pertama dia menaiki bas untuk pulang ke Johor sempena sambutan hari raya.

“Saya menggunakan bas sebab keluarga tidak boleh datang ambil selain tidak mahu menyusahkan mereka, ada juga kawan-kawan yang boleh balik sekali, dapatlah pengalaman baru,” katanya.

Di Stesen Sentral Kuala Lumpur pula, Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) antara pilihan popular dalam kalangan pelajar kerana menawarkan harga tiket istimewa untuk mereka.

“Harga asal tiket RM70 kalau nak balik ke Taiping (Perak) tapi sebab ada harga pelajar, harganya hanya RM40. Lagipun ada kawan-kawan lain yang naik tren sama, jadi tak sunyi masa balik nanti,” kata Nur Afreena Mohd Rosli, 22, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Seorang tukang urut Orang Kurang Upaya (OKU) dikenali sebagai Khairul Nizam, 44, berkata dia menggunakan ETS sebagai pengangkutan utama untuk pulang ke kampung di Negeri Sembilan kerana layanan mesra daripada pihak ETS.

“Macam saya ada masalah penglihatan, jadi kru dekat sini selalu bantu tunjukkan tempat duduk khas untuk penumpang OKU dan bila dah sampai di destinasi pun mereka masih akan tolong saya,” katanya.

Seorang pekerja swasta, Amir Afif Azmi, 35, berkata dia sekeluarga sangat teruja untuk pulang ke Perlis tahun ini kerana sudah lama tidak dapat berkumpul beramai-ramai bagi menyambut Aidilfitri.

“Saya dah siap beli tiket dua bulan lalu sebab saya dan isteri lagi rela naik tren enam jam daripada terkandas dalam kesesakan,” katanya.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka membuat penambahan empat tren ke Padang Besar, Perlis bagi menampung jumlah penumpang yang tinggi pada musim perayaan ini. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad