web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jalan Perlu Ditutup Jika Alih Struktur Berat - Fadillah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2021 12:20PM

Fadillah bercakap dengan media semasa melawat tapak kejadian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jalan atau laluan kenderaan perlu ditutup, jika sesuatu struktur berat perlu dialihkan dalam melaksanakan projek pembinaan jalan raya atau lebuh raya, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, perkara itu adalah antara prosedur operasi standard (SOP) ketat yang perlu diikuti oleh kontraktor, bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang awam.

“Dalam pelaksanaan projek, jika misalnya nak alihkan ‘gantry launcher’, jalan perlu ditutup, jika jalan dah selamat, struktur itu pun selamat (dialih), maka barulah buka semula laluan tersebut,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek-Projek di bawah pelaksanaan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Alam Damai pagi tadi, yang menyebabkan tiga pekerja maut.

Melalui siasatan awal, ia berpunca apabila satu daripada komponen kren gantri terjatuh dan menghempap sebuah kenderaan.

Meluahkan kekecewaannya, Fadillah berkata kontraktor projek telah berkali-kali dinasihatkan supaya mematuhi SOP, namun kejadian serupa masih berulang, justeru beliau menggesa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), menyiasat dan jika kontraktor didapati tidak mematuhi SOP tindakan tegas akan diambil.

“Kontraktor ini boleh disenarai hitam, tidak diberi projek langsung selama dua tahun,” katanya.

Beliau berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sebagai badan yang memantau dan agensi berkaitan, juga digesa menyiasat secara terperinci kejadian tersebut.

Sementara itu dalam majlis tersebut, Fadillah menyerahkan SST tujuh projek bernilai setengah bilion kepada wakil kementerian terlibat.

Projek tersebut ialah projek Jajaran ‘Central Spine Road’ (CSR) dari Kampung Relong ke Ladang Jerkoh, Raub, Pahang sepanjang 15 kilometer yang bernilai RM297.69 juta.

Selain itu projek pembinaan fasa kedua Institut Kemahiran Islam Sarawak, projek membaik pulih dan menaik taraf masjid negara (Fasa) 3, dan projek kuarters Hospital Pulau Pinang.

Projek lain ialah projek membina dan menyiapkan baki kerja Klinik Kesihatan dan kuarters serta kerja-kerja berkaitan di Bukit Ibam, Rompin Pahang.

Ia juga melibatkan projek pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun Terengganu, dan projek cadangan menaik taraf Pusat Latihan Kemas Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar