Berita Terkini

5 jam yang lalu: PM Ismail Sabri terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon di Jepun sebagai pengiktirafan usaha dan sumbangan dalam perangi COVID-19 8 jam yang lalu: Kes serangan seksual Bill Cosby bermula di California 8 jam yang lalu: 3 pendatang maut ketika bot penyeludup karam di Mexico 8 jam yang lalu: TikTok membolehkan pencipta kandungan mengenakan bayaran langganan bulanan 8 jam yang lalu: PBB berkata negara kaya membahayakan kanak-kanak di seluruh dunia

IKUTI KAMI


Larangan Kenderaan Mikromobiliti Di Jalan Raya, Pakar Beri Reaksi Berbeza


Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 9:48PM

E-skuter tidak lagi dibenarkan untuk digunakan di jalan raya. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan skuter elektrik atau e-skuter yang tergolong di bawah takrifan kenderaan mikromobiliti mula diperkenalkan pada 29 Mei 2020.

Sejak itu, kenderaan mikromobiliti berkenaan menjadi trend terkini apabila mudah didapati kerana disediakan bagi melicinkan pergerakan pengguna dalam destinasi yang agak jauh, khususnya pejalan kaki.

Namun semalam, kenderaan mikromobiliti jenis Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) dilarang penggunaannya di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta.

Moped adalah kenderaan beroda dua atau tiga dan dipacu sumber elektrik dengan kelajuannya tidak melebihi 50 kilometer sejam (km/j).

PMD dan PMA pula adalah kenderaan dipacu kuasa manusia atau elektrik dengan kelajuan tidak melebihi 25 km/j seperti skuter berkuasa elektrik dan kenderaan bagi kegunaan individu yang mempunyai masalah pergerakan.

Pengumuman Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berhubung perkara itu mendapat reaksi berbeza di kalangan pakar keselamatan jalan raya.

Mantan Ahli Lembaga Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Shahrim Tamrin berpendapat, kenderaan tersebut tidak wajar diharamkan sepenuhnya di atas jalan.

Shahrim Tamrin
Shahrim Tamrin

Katanya, berdasarkan data yang dikumpul selama ini, tiada sebarang kematian di jalan raya melibatkan e-skuter.

“Saya faham terdapat keperluan untuk Kementerian Pengangkutan (MOT) mencampuri isu skuter demi menyelamatkan nyawa sebelum berlakunya tragedi.

“Namun saya amat berharap keputusan itu turut melibatkan Majlis Perbandaran dan kerajaan negeri, agar tindakan dapat diambil berdasarkan statistik (kemalangan),” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Beliau turut berpendapat, e-skuter dan basikal elektrik berupaya mengganti atau menghapuskan ancaman penggunaan motosikal kapcai di kalangan remaja dan kanak-kanak pada masa hadapan.

“Ia adalah jenis pengangkutan yang sesuai untuk pemimpin masa depan kita. Perjalanan dengan kelajuan yang selamat serta perlahan, mesra alam dan untuk perjalanan singkat.

“Kenderaan ini juga sesuai digunakan untuk kanak-kanak sekolah dan remaja pergi ke kolej atau mak cik dan pak cik untuk pergi ke pasar atau pasar raya berdekatan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa agar kenderaan mikromobiliti itu dibenarkan penggunaannya di kaki lima, lorong khas atau ruang rekreasi.

“Masalahnya, berapa banyak lorong khas untuk basikal dan skuter elektrik di kampung, taman perumahan atau bandar?

“Malah di kawasan perumahan saya, hanya ada ruang kongsi di jalan raya (lorong biru) dengan laluan tidak melebihi 5km,” katanya.

Jelasnya lagi, Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JP) perlu menetapkan inisiatif proaktif seperti menyediakan garis panduan mengenai langkah keselamatan ketika menggunakan kenderaan mikromobiliti tersebut.

“Mungkin pihak berkuasa boleh melaksanakan ketetapan seperti penggunaan topi keledar, jaket keselamatan yang terang, lampu dan hanya membenarkan kenderaan itu di lorong kiri jalan.

“Saya tidak menyokong e-skuter digunakan di jalan-jalan utama ketika keadaan trafik yang tinggi tapi berilah kelonggaran di jalan-jalan sekunder termasuk kawasan perumahan yang menghubungkan pusat komersial dalam kawasan perbandaran,” katanya.

Di sebalik larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti itu, Shahrim berkata, isu yang perlu diberi perhatian oleh MOT sebenarnya adalah kes kematian membabitkan pengguna motosikal.

Katanya, kadar kematian melibatkan pengguna motosikal termasuk dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang maut akibat menunggang motosikal kapcai di jalan kampung dan kawasan perumahan amat membimbangkan.

“Sejak 2009, lebih 2,700  kematian direkodkan membabitkan kanak-kanak berusia antara enam hingga 15 tahun.

“Motosikal kapcai merupakan mesin pembunuh nombor satu kanak-kanak di negara ini. Dan apa yang dilakukan kerajaan dan pihak berkuasa mengenainya?” soalnya.

Sementara itu, Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua menyifatkan larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti wajar dilakukan ketika ini.

Profesor Madya Dr Law Teik Hua
Profesor Madya Dr Law Teik Hua

Katanya, langkah tersebut dapat mengurangkan kadar kemalangan selain kenderaan itu tidak sesuai digunakan di jalan raya.

“Jika dibandingkan dengan kenderaan lain (seperti motosikal dan kereta), kenderaan ini mempunyai prestasi berbeza dari segi kelajuan dan kebolehgerakan. Oleh itu, reka bentuk kenderaan mikromobiliti itu tidak sesuai digunakan di jalan raya.

“Tambahan pula, kenderaan itu berbeza dengan ketara dari segi bentuk dan saiz, meningkatkan kebolehubahan aliran trafik dan risiko kemalangan di jalan raya,” katanya.

Teik Hua berkata, pengguna juga kurang pengetahuan mengenai cara memandu kenderaan itu dan peraturan lalu lintas kerana lesen memandu tidak diperlukan untuk mengendalikannya.

“Tambahan pula, kanak-kanak dan remaja tidak biasa dengan persekitaran kenderaan itu. Mereka juga terdedah kepada kemungkinan kemalangan di jalan raya dan kecederaan akibat kekurangan perlindungan mencukupi (seperti jaket reflektif dan topi keledar).

“Kenderaan mikromobiliti perlu dihadkan di jalan awam tetapi penggunaannya harus dibenarkan di lokasi yang ditetapkan seperti kawasan persendirian atau laluan khas (diasingkan daripada lalu lintas),” katanya. - Getaran, 27 April 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 1 hari yang lalu

5 Langkah Perlu Ambil Jika Kereta Rosak Di Atas Jalan Raya

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Myvi Ditahan Disyaki Cetus Provokasi, Halang Pemandu Lain - Polis

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Telur Penyu Terima Permintaan, Laris Dijual Sebelum Larangan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Pemeriksaan Haid, KPM Diminta Jelaskan Tindakan - AWAM

Sorotan

1

Peningkatan HFMD Dijangka Susulan Sambutan Hari Raya - KP Kesihatan

2

Bekas Pengetua Dilepas Dan Dibebas Tuduhan Amang Seksual

3

Demi Jayakan Babak Aksi, Marsha Tak Kisah Lebam Badan 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kes Ayam Tiada, Ini 5 Usaha Kerajaan - PM

oleh Farhana Farush

Semasa 23 jam yang lalu

Pembantu Kedai Makan Didenda RM2,500 Lakukan Khianat Buang Patung Hiasan

Semasa 19 jam yang lalu

Elak Monopoli Bekalan, Kerajaan Perlu Usaha Ladang Ayam

oleh Susan Albert

Semasa 1 jam yang lalu

Peningkatan HFMD Dijangka Susulan Sambutan Hari Raya - KP Kesihatan

oleh Wartawan Getaran