web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Memang Ada Kejadian Gaduh, Laporan Polis Sudah Dibuat - Polis 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2024 8:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan polis mengenai pergaduhan di Kilometer 139.9 Lebuhraya Utara Selatan di Pagoh, Johor sudah dibuat petang semalam.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Pagoh pada jam 1.58 petang.

Menurut beliau, insiden berkenaan seperti dipaparkan oleh video berdurasi 54 saat yang tular itu, melibatkan beberapa pengguna jalan raya.

“Ia dipercayai membabitkan warga asing dan tempatan, dengan video berkenaan turut dimuat naik di media sosial.

“Kenyataan media akan dikeluarkan sebaik fakta lengkap diperolehi,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Insiden tersebut seperti dilihat dalam video, berlaku ketika jalan sesak, melibatkan sebuah Mitsubishi Lancer dipandu warga asing dan Toyota Innova milik rakyat tempatan.

Pertengkaran yang tercetus antara keduanya menyebabkan pemandu Mitsubishi berkenaan cuba melanggar seorang lelaki.

Dia juga cuba memukul pemandu Toyota Innova menggunakan sejenis tongkat kayu.

Pergaduhan terbabit bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pengguna jalan raya lain yang berada di lokasi. - Getaran, 11 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

3

Semasa 2 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 3 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad