web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sindiket Curi Kereta Mewah Tumpas, 9 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 5:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu sindiket curi kenderaan mewah dan kereta klon yang bergiat aktif sejak tahun lalu tumpas dengan tangkapan sembilan individu dalam serbuan berasingan di empat negeri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (D4) Kuala Lumpur telah menubuhkan Task Force untuk menjalankan Operasi Op Klon bermula Disember 2021 hingga sekarang.

“Kita menerima satu laporan berkaitan sebuah kenderaan mewah yang dilaporkan hilang di sebuah kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di ibu negara Disember tahun lalu.

“Susulan itu, kita menjalankan siasatan yang membawa kepada penahanan sembilan lelaki berusia antara 30-an hingga 40-an dan merampas 26 kenderaan mewah seperti Toyota Vellfire, Mercedes, BMW, Ford Ranger dan Mazda, semuanya dianggarkan bernilai RM3 juta,” katanya hari ini.

Menurut beliau, modus operandi sindiket itu adalah menukar identiti kenderaan curi berkenaan dengan mendapatkan maklumat berkaitan kenderaan dilupus atau diisytihar ‘total loss’ (musnah sepenuhnya).

Katanya, sindiket berkenaan memperoleh maklumat menerusi satu laman sesawang insurans yang kemudian digunakan bagi menggantikan identiti kenderaan curi terbabit.

“Semua kenderaan berkenaan kemudian didaftarkan dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Selepas identiti ditukar, setiap kenderaan itu akan dijual dan mampu menghasilkan keuntungan antara RM30,000 sehingga RM40,000 setiap satu,” ujarnya.

Jelas Azmi, pihaknya menerima 26 laporan kehilangan kenderaan mewah di ibu negara sejak tahun lalu dan percaya ada lagi laporan yang berkait dengan sindiket berkenaan.

Mengulas lanjut beliau berkata, semakan rekod lampau kesemua tangkapan mendapati, ada antara suspek mempunyai rekod jenayah curi kenderaan.

“Dua daripada sembilan suspek berkenaan masih dalam tempoh reman untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan Seksyen 413 Kanun Keseksaan kerana berniaga harta curi,” katanya. - Getaran, 27 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad