web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jumlah Kuota Jemaah Haji Malaysia Dikurangkan 55 Peratus, Hanya 14,306 Layak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 4:06PM

Idris Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Malaysia hanya memperoleh 14,306  atau 45 peratus kuota jemaah haji bagi tahun ini, berbanding 31,600 kuota diterima sebelumnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, pengurangan sebanyak 55 peratus itu disebabkan kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota jemaah dari seluruh dunia, kepada hanya satu juta.

Bagaimanapun katanya, kerajaan Arab Saudi menetapkan bahawa 85 peratus daripada satu juta jemaah itu, adalah penduduk dari luar negara berkenaan.

“Jumlah ini bersamaan dengan 45 peratus daripada kuota diterima negara ini pada tahun 2019, sebelum COVID-19 melanda dunia.

“Kerajaan Arab Saudi menetapkan peratusan sama turut terpakai kepada semua negara,” katanya menerusi siaran langsung pengumuman kuota ibadah haji di Facebook hari ini.

Pada tahun 2019, kuota Haji diperoleh Malaysia adalah sebanyak 31,600 dan pada 2020 serta 2021, pelaksanaan ibadah itu tidak dibenarkan susulan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan sempadan negara ditutup.

Selain itu, Idris berkata Tabung Haji (TH) akan tetap meneruskan bantuan bayaran haji kepada bakal jemaah rukun Islam kelima terbabit pada tahun ini.

Namun, katanya, perkara itu akan diumumkan pihak TH esok.

“TH akan meneruskan bantuan haji kepada bakal jemaah tahun ini dan ia akan dimaklumkan pengurusannya esok,” katanya.

Apapun jelas Idris, Malaysia bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang membenarkan penduduk negara luar menunaikan Haji.

“Alhamdulillah, jemaah Malaysia dapat menunaikan Haji pada tahun ini. Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya menzahirkan rasa syukur kepada Allah dengan pengumuman ini dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi.

“Ini adalah satu berita baik untuk umat Islam di Malaysia yang sudah menunggu selama dua tahun untuk menunaikan Haji akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Mengulas lanjut, Idris berkata, terdapat beberapa syarat ditetapkan kerajaan Arab Saudi bagi jemaah Haji pada tahun ini, antaranya mesti berusia 65 tahun ke bawah tanpa penyakit kronik.

“Jemaah Haji juga perlu mempunyai sijil vaksin COVID-19 dan harus membuat ujian calitan COVID-19 sebelum tiba ke Arab Saudi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, TH akan mengeluarkan surat tawaran kepada semua bakal jemaah dalam masa terdekat.

“Bakal jemaah Haji yang terpilih diminta membuat pemeriksaan kesihatan dan menjawab surat tawaran dikeluarkan dengan kadar segera.

“Saya memohon jasa baik semua bakal jemaah Haji untuk membuat persediaan sewajarnya dari segi ilmu, kesihatan, rohani dan jasmani serta kewangan sebelum menunaikan ibadah ini,” katanya. – Getaran, 21 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam