web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dadah: 2 Warga Eropah Dicekup Di Sebuah Kondominium

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2021 8:15AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua warga Eropah disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah ditahan di sebuah kondominium di Jalan Segambut hari ini.

Kedua-duanya, seorang lelaki Perancis berumur 30 tahun dan seorang wanita Denmark berumur 35 tahun ditahan dalam serbuan pada kira-kira 12 tengah malam tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sentul. 

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata ujian saringan ke atas lelaki itu didapati positif dadah jenis tetrahidrocannabinol (THC) manakala ujian ke atas wanita tersebut adalah negatif.  

"Polis telah merampas dadah jenis ganja seberat 2.05 gram dalam serbuan itu,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata suspek lelaki direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Selasa depan manakala wanita itu direman sehari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad