web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Labur Pengeluaran Khas KWSP Main Judi - Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 5:19PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penerima wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diingatkan supaya tidak ‘melabur’ RM10,000 yang diperolehi untuk bermain judi.

Peringatan itu diberikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner  (SAC) Mohamad Noor Yusof Ali, susulan pengumuman Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz bahawa penerima yang layak bakal menerima wang tersebut mulai hari ini.

Mohamad Noor juga menasihatkan supaya sebarang peruntukan diterima terutamanya wang KWSP digunakan bagi tujuan kebaikan.

“Jangan salah gunakan wang diperoleh untuk aktiviti seperti perjudian kerana ia hanya mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat,” katanya ringkas pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini.

Semalam media melaporkan, Tengku Zafrul mengumumkan bahawa penerima wang KWSP yang layak akan mula menerima RM10,000 bermula hari ini, berbanding 20 April seperti pengumuman sebelumnya.

“Ramai yang menghantar mesej dan memberi komen dalam akaun media sosial saya dan berkata: “YB (Yang Berhormat), pengeluaran KWSP boleh dipercepatkan tak?”

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, selepas berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan bahawa pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April, 2022 dan bukannya 20 April, 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya menerusi Facebook semalam.

Permohonan pengeluaran khas tersebut mula dibuka 1 April lepas manakala tarikh akhir permohonan adalah pada 30 April ini.

Sementara itu, Mohamad Noor turut mengingatkan orang ramai supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri agar tidak terjerumus meminjam daripada ‘lintah darat’ seperti Ah Long.

“Kami faham di musim perayaan ini, pastinya orang ramai perlu menggunakan wang yang banyak bagi menyambut Aidilfitri namun berhati-hati.

“Sindiket seperti Ah Long sentiasa mencari peluang untuk menawarkan pinjaman kepada mereka yang memerlukan namun akhirnya mengundang musibah lebih besar,” katanya. - Getaran, 18 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad