web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Baharu COVID-19 Turun Mendadak, Pesakit Masuk ICU Berkurangan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 3:49PM

Jumlah kumulatif individu yang dijangkiti COVID-19 setakat ini adalah 4,249,704 orang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 mencatatkan penurunan mendadak semalam apabila merekodkan 6,623 kes, berbanding 9,705 kelmarin.

Ia menjadikan jumlah kumulatif individu dijangkiti virus berkenaan setakat ini adalah 4,249,704 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu membabitkan 6,610 kes tempatan dan 13 kes import.

“Sebanyak 103,900 kes aktif direkodkan semalam dengan 101,294 atau 97.5 peratus menjalani kuarantin di rumah, 356 dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 2,124 dirawat di hospital.

“Bagi kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setakat ini, sebanyak 126 kes dilaporkan dengan 66 disahkan COVID-19, manakala 60 disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan, berbanding 134 kelmarin.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 76, dengan 43 daripadanya disahkan COVID-19, selain 33 disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan.

Jelasnya, sebanyak 11,233 kes sembuh direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan pulih daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,249,704.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, angka kematian baharu akibat COVID-19 mencatatkan 12 kes semalam, termasuk lapan yang berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Jumlah itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat virus terbabit mencecah 35,421 dengan 7,492 daripadanya adalah kes BID. - Getaran, 18 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan