web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Sedia Bincang Cadangan Kecuali Cukai Hiburan Syarikat Pawagam,

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2021 9:36PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia berbincang mengenai cadangan pengecualian cukai hiburan bagi syarikat pengendali pawagam yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata terdapat aduan dan cadangan mengenai perkara itu daripada pihak industri namun belum ada sebarang memorandum secara rasmi dihantar kepada kementerian tersebut. 

Beliau berkata kutipan cukai hiburan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri masing-masing, bagaimanapun Kerajaan Persekutuan terbuka untuk berbincang. 

"Saya telah dengar aduan (pengecualian cukai hiburan) ini sudah lama namun sejak musim COVID-19, perkara ini semakin hangat dibincangkan. Belum ada memorandum rasmi tapi perkara ini dalam pengetahuan saya dan kita sedang menelitinya. 

"Saya amat mengalu-alukan jika ada pemohonan rasmi dibuat dan kita sedia untuk berbincang sebab ini musim (COVID-19), semua orang menderita, apa yang kita boleh bantu, kita bantu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan dan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pawagam di Golden Screen Cinema (GSC) Midvalley Megamall di sini hari ini. 

Saifuddin juga menyeru orang ramai agar tidak bimbang untuk menonton wayang selepas kerajaan membenarkan sektor itu kembali beroperasi dengan pematuhan SOP yang ketat. 

Beliau berkata berdasarkan data penularan wabak itu di negara ini, industri kreatif termasuk operasi panggung wayang bukan sektor utama yang menyumbang kepada kluster COVID-19. 

Bagaimanapun, katanya biarpun kerajaan memberi kelonggaran untuk industri itu beroperasi, semua pihak perlu mengambil tanggungjawab dan berhati-hati dalam mematuhi setiap SOP yang ditetapkan. 

"Saya menyeru orang ramai datang ke pawagam dan patuh SOP kerana pembukaan panggung wayang ini sekali gus dapat membantu ekonomi dan pendapatan petugas pawagam dan industri berkaitan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad