web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Che’ Puan Besar Khaleeda Sedia Buat Apa Sahaja Bantu Bella

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 8:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu remaja sindrom down dikenali Bella.

Che’ Puan Besar Khaleeda memaklumkan baginda sedia membantu Bella mendapatkan keadilan sewajarnya.

Jelas baginda, individu menganiaya remaja perempuan itu tidak akan terlepas daripada pembalasan terhadap kezaliman dilakukan.

“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella.

“Saya kecewa dan letih melihat pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya.

“Kamu boleh bersembunyi di sebalik barisan peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini.

Menurut Che Puan Besar Khaleeda, kes berkenaan pasti akan menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang pengecut agar tidak terfikir untuk melakukan tindakan serupa pada masa depan.

“Anda sudah pastinya akan dijadikan sebagai contoh untuk pengecut lain di luar sana untuk tidak melakukan perbuatan tersebut,” katanya.

Siti Bainun Ahd Razali, 30, yang merupakan pengasas Rumah Bonda, sebelum itu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Getaran, 16 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tulang Dijumpai Di Tongkang Pechah Milik Bella - Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Gambar Kanak-Kanak, Kakak Bella Direman Sehari

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sebak Dengar Tangisan Anak, Keluarga Bella

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan