web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Insiden Bot Pam: Juragan Elak Tali Rumpai Laut Sebelum Terbalik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 5:36PM

Mayat Noranis dan Aiman ditemui pagi tadi tidak jauh dari lokasi bot karam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Juragan bot pam dikatakan cuba mengelak tali rumpai laut sebelum ia terbalik dipukul ombak menyebabkannya bersama 20 penumpang terhumban ke laut dalam insiden di perairan Pulau Timbun Mata di sini, Khamis lalu.

Menurut wakil keluarga mangsa, Musliat Landuh, 53, semua mereka dalam perjalanan ke Kampung Tandoan, Pulau Timbun Mata untuk menziarah ahli keluarga dan berbuka puasa bersama.

“Sebahagian mereka berasal dari Kampung Sungai Nasip, manakala segelintir dari Sungai Rasak.

“Memang ketika kejadian, cuaca agak buruk dan laut bergelora menyebabkan bot mereka terbalik ketika cuba mengelak tali rumpai laut yang terletak berhampiran Kampung Tandoan,” katanya ketika ditemui di Hospital Semporna di sini, hari ini.

Musliat Landuh
Musliat Landuh

Tambah Musliat, sebaik terhumban ke laut, mangsa menjerit meminta pertolongan menyebabkan beberapa penduduk kampung yang tinggal di pesisir pantai bergegas menghulurkan bantuan.

“Dalam keadaan laut bergelora, penduduk cuba menarik seramai mungkin mangsa ke perahu masing-masing.

“Ada penduduk terpaksa menyelam ke laut selepas terdapat mangsa tenggelam dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, lima daripada 21 penumpang maut dalam insiden bot pam berhampiran Pulau Timbun Mata.

Mangsa maut terdiri daripada dua wanita, iaitu Bunga Basah Nuhalan, 40-an, Anisa Harimalam, 20-an, dan tiga kanak-kanak dikenali Syawal, 2, Iman, 2, serta Nurul Syafiqah, 4.

Mayat lima mangsa insiden bot pam dikebumikan dalam satu liang lahad di Sungai Nasip, Semporna.
Mayat lima mangsa insiden bot pam dikebumikan dalam satu liang lahad di Sungai Nasip, Semporna.

Kelima-lima mereka selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Sungai Nasip pada jam 8 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan 14 mangsa diselamatkan penduduk kampung, manakala dua masih hilang.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Semporna Komander Maritim, Norrimi Hassan menerusi kenyataan hari ini, mengesahkan mangsa yang hilang, Noranis Harimalam, 14, dan Aiman, 6, ditemui lemas oleh penduduk kampung pada jam 6 pagi tadi, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa ditemui di lokasi berasingan dalam keadaan terapung dan masih lengkap berpakaian.

“Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Semporna untuk bedah siasat,” katanya.

Difahamkan jenazah Noranis akan dikebumikan di Sungai Nasip, manakala Aiman di Sungai Rasak sebaik bedah siasat selesai. - Getaran, 16 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pelancong China Maut Ketika Menyelam Di Semporna

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Seludup Minyak Masak Subsidi: 5 Penjawat Awam Ditahan SPRM

3

Selera 3 tahun yang lalu

Rumpai Laut Pemangkin Ekonomi Masyarakat Setempat Di Sabah

4

TARA 4 tahun yang lalu

Semporna Di Mata, Melekat Di Hati

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja