Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Semporna Di Mata, Melekat Di Hati

Pandemik COVID-19 sesungguhnya membuka lembaran baru dalam industri pelancongan negara. Salah satu destinasi tempatan yang berjaya mengumpan pengembara tegar ialah Semporna di Sabah.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2022 9:13AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam suka ada dukanya, dalam pahit ada manisnya. Pandemik COVID-19 sesungguhnya membuka lembaran baru dalam industri pelancongan negara.

Dek sekatan perjalanan yang dikuatkuasa, tiba-tiba banyak destinasi atau tarikan dalam negara meraih populariti sehingga sohor di platform-platform media sosial. Salah satu destinasi yang berjaya mengumpan ‘kaki-kaki travel’ ialah Semporna. 

Terletak jauh nun di Negeri di Bawah Bayu, Sabah, destinasi yang dahulunya dipandang sepi oleh pengembara dalam negara ini mula meraih perhatian ramai. 

Lihat sahaja klip-klip video yang berlegar di internet, bukan kepalang pemandangan alam yang menanti. Mana mungkin hati tidak meronta-ronta ingin ke sana. Saya sendiri tidak terkecuali. 

Pulau Mantabuan
Pulau Mantabuan

Hati yang dahulunya asyik terpesona dengan keindahan di luar negara, kini mula terpukau dengan keindahan pulau-pulau yang ada di Semporna. 

Biarpun hati sebenarnya sedikit gentar dengan isu keselamatan di perairan Sabah, namun, saya nekad. Saya mahu berkongsi pengalaman dengan pembaca Getaran. 

Saya sematkan di dalam hati, Insya-Allah semuanya akan berjalan lancar. Lagipun kawalan keselamatan maritim di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) diperketatkan dari semasa ke semasa. “Moga tiada insiden atau drama duka yang terjadi” – itu doa saya ketika memuktamadkan keputusan. 

Dipendekkan cerita, akhirnya Mac lalu saya dengan tiga lagi rakan sekerja tiba di Semporna. Sebaik menjejak kaki di Lapangan Terbang Tawau, masing-masing cukup teruja untuk memulakan penggembaraan. 

Segala persiapan telah dibuat dengan teliti dengan kerjasama Badan Pelancongan Sabah dan juga kru Marknor Travel & Tour Sdn Bhd, Mia.

Pulau Kapalai
Pulau Kapalai

Edisi TARA kali ini membawa anda mengembara secara maya ke daerah yang ‘semporna’ seperti namanya. 

Landskap alam yang dipertontonkan di dalam artikel ini adalah realiti keindahan, keajaiban yang menjadi hak milik perairan Semporna. Lautnya yang membiru kehijauan, pantainya yang putih bersih serta persekitarannya yang mendamaikan cukup mempesona. 

Tidak hairanlah, Semporna yang menjadi pintu masuk ke beberapa pulau seperti Mabul, Sipadan, Pom Pom, Kapalai, Bum Bum dan Mataking ini membuatkan ramai yang jatuh cinta pandang pertama. Lebih membanggakan, ia turut digelar sebagai Maldives Malaysia.

Seandainya anda ingin merancang percutian ke sini, jom ikuti pengembaraan singkat 5 hari, 4 malam Getaran di Semporna. 

Benar ia terlalu singkat, namun percayalah ia sedikit sebanyak boleh membantu anda menyusun jadual perjalanan yang sesuai untuk percutian anda.

Pulau Sibuan
Pulau Sibuan

 

Bohey Dulang, Mantabuan dan Sibuan

Island hopping merupakan tarikan atau aktiviti yang sukar dilepaskan oleh setiap pengembara yang datang ke Semporna, selain selam skuba.

Aktiviti ini memberi peluang untuk pengembara mengintai keindahan dan keunikan setiap pulau yang dijajahi. Malah, anda juga punya kesempatan mengintai dunia di bawah air dengan snorkeling.

Bohey Dulang
Bohey Dulang

Trip ke Pulau Bohey Dulang, Mantabuan dan Sibuan merupakan trip yang sangat popular dalam kalangan pengembara. 

Bintang utama trip ini sudah pastilah pemandangan dari puncak Bohey Dulang. Mata bagaikan tidak berkelip sebaik melihat panorama memukau terbentang luas di depan mata. 

Namun begitu, ini fakta yang perlu anda tahu! Untuk menjajah puncak setinggi 700 meter dari paras laut itu ada harga yang harus dibayar. Bukan wang ringgit, tetapi kerahan tenaga. 

Bersedialah dengan pakaian yang sesuai, kasut yang selesa untuk trekking ke puncak. Jika cukup fit, perjalanan hanya mengambil masa di antara 20 ke 30 minit. Tetapi kami mengambil masa 45 minit gara-gara tiada persiapan awal.

Pendakian yang curam ternyata memaksa kami memerah keringat. Mujur awal-awal lagi kami telah dibekalkan dengan air minuman oleh Marknor Travel & Tour. 

Tenaga kerja Marknor Travel & Tour
Tenaga kerja Marknor Travel & Tour

Malah, kami juga beruntung kerana menjadi antara kumpulan terawal yang sampai ke puncak iaitu kira-kira jam 10 pagi. Jadi, boleh bergambar sepuas-puasnya tanpa gangguan dan ada had masa.

Ini kerana jika ramai pengunjung, tempoh yang dibenarkan untuk berada di kawasan tinjau ialah tidak lebih daripada 20 minit. Maklumlah kawasan tinjau tidak luas jadi agak berbahaya jika terlalu padat. 

Selesai di Bohey Dulang, kami dibawa ke persinggahan seterusnya iaitu Pulau Mantabuan dan Sibuan yang juga terletak di dalam kawasan Taman Laut Tun Sakaran. 

Pulau Mantabuan
Pulau Mantabuan

Di Mantabuan, kami diberikan pek makanan tengah hari untuk mengisi perut yang berbunyi-bunyi minta diisi setelah membakar kalori di Bohey Dulang. Selain menjamu selera, bolehlah habiskan masa mandi-manda atau snorkeling di kawasan pantai. Itu pun jika masih punya tenaga.  Kami hanya menikmati pemandangan sambil merakam foto. 

Begitu juga di Pulau Sibuan. Memandangkan cuaca agak mencemburui (mendung), kami hanya singgah sebentar untuk memotret pemandangan, selain berkesempatan bermesra dengan anak-anak Bajau Laut yang berkejaran di gigi air. Seronok melihat kebebasan yang mereka nikmati. 

Biarpun kehidupan mereka sederhana, tetapi alangkah bertuahnya mereka membesar di persekitaran yang jauh daripada pencemaran alam, bahkan menakjubkan.

Perahu Bajau Laut
Perahu Bajau Laut

 

Bermalam di Mabul, keseronokan berterusan

Alang-alang bertamu di Semporna, masakan mahu lepaskan peluang bermalam di salah satu pulaunya yang masyhur. 

Untuk trip ini kami pilih Pulau Mabul kerana keindahan tidak terkata sehingga diiktiraf sebagai salah satu lokasi menyelam terbaik di dunia. Biarpun saiznya kecil, pulau yang kelihatan melengkung dari udara ini menyimpan khazanah alam yang menjadi igauan ramai. 

Terdapat beberapa pilihan penginapan yang boleh dijadikan pilihan. Ada yang bajet dan ada juga yang memerlukan anda mengeluarkan bajet besar. Tepuk dada, tanya selera.

Percutian yang bagaimana menjadi pilihan? Adakah anda tidak kisah berkongsi bilik air, tiada penyaman udara dan tiada elektrik di siang hari? Jika ini semua bukan faktor penentu pilihan penginapan anda, bolehlah pilih yang bajet. 

Tetapi jika dambakan percutian yang lebih selesa, bergaya dan membahagiakan, apa kata anda bermalam di hotel pilihan Getaran, Borneo Divers Mabul Resort.  Resort empat bintang ini menjanjikan sebuah percutian yang mengasyikkan. Pendek kata, tiada penyesalan menghabiskan masa di sini. 

Servis yang diberikan cukup cemerlang. Terasa kehadiran anda cukup dialukan-alukan. Dari jeti Semporna, anda sudah boleh melihat kualiti layanan yang diberikan. Segalanya berjalan dengan lancar.

Terdapat empat pilihan penginapan yang ditawarkan di sini iaitu Executive Beach Chalet King, Executive Beach Chalet Twin, Luxury Villa King dan Luxury Villa Twin. Setiap bilik dihias bergaya mengikut konsep percutian pantai serta dilengkapi pelbagai kemudahan terbaik. 

Memang benar masa banyak habis dihabiskan di luar, tetapi percayalah setelah seharian meluangkan masa dengan aktiviti air (snorkeling, selam skuba, berkayak), pasti anda idamkan tilam dan bantal yang empuk untuk merebahkan diri. 

Luxury Villa King di Borneo Divers Mabul Resort
Luxury Villa King di Borneo Divers Mabul Resort

Bahkan, resort ini satu-satunya resort di Mabul yang menyediakan kemudahan kolam renang untuk anda bersantai bersama keluarga, mahupun teman-teman. 

Tidak cukup dengan itu, anda juga akan tersenyum puas setiap kali menjamu selera di Dining Hall untuk waktu makan utama. Baik sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam, masakan yang tersedia lazat dan menyelerakan.

Jika anda langkah kanan seperti kami, dapatlah menikmati makan malam BBQ yang menghidangkan pelbagai makanan laut segar. Makanlah sepuas hati. Ada ketam, sotong, udang dan pelbagai jenis ikan bakar.

Bercerita tentang aktiviti, banyak yang boleh dilakukan. Lebih-lebih lagi jika menempah pakej 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam. Ada pakej snorkeling dan pakej selam skuba. Kedua-dua aktiviti ini merupakan aktiviti mesti buat di Mabul. Jangan tak tahu, terdapat lebih daripada 10 tapak menyelam yang boleh anda jelajahi. 

Jika tiada lesen menyelam, jangan bimbang, Borneo Divers Mabul Resort memiliki ‘Dive Centre’ yang menyediakan khidmat profesional untuk anda mendapatkan lesen.

Lain-lain aktiviti yang tidak kurang menarik ialah menyaksikan matahari terbenam dan naik, melawat dua perkampungan utama iaitu Kampung Mabul dan Kampung Musu yang dihuni oleh kaum Suluk Laut yang beragama Islam.

Tidak dilupakan mengintai Bajau Laut yang mengamalkan cara hidup nomad, berumah di dalam bot atau perahu. 

Sejujurnya, masih banyak yang boleh dilihat di Semporna. Tidak mungkin saya boleh menulis satu demi satu untuk perkongsian kali ini. 

Tak kenal, maka tak cinta. Anda harus saksikan dan kutip pengalaman sendiri dengan membawa diri ke Semporna. Mulalah menabung dan rancang percutian terhebat! Semporna di mata, melekat di hati!

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Shah Shamshiri

Teks & Penyelaras : Rahayu MN

Suntingan Teks : Ili Farhana

Jurugambar : Rahayu MN menggunakan Samsung Galaxy S22+

Juruvideo : Izwan Ramlan menggunakan Samsung Galaxy S 22+ , Vivo23e 5G dan iPhone13 Pro

Suntingan video : Izwan Ramlan

Rekaletak : Abdul Hanif Zahari

Lokasi : Semporna, Sabah

(Sekalung penghargaan buat Samsung Malaysia, Vivo Malaysia, Apple, Badan Pelancongan Sabah dan juga saudari Mia dari Marknor Travel & Tour Sdn Bhd)

Isu Pada

Semporna Di Mata, Melekat Di Hati

23 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Cium Pelancong, Pembantu Jurulatih Selam Skuba Dicekup

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Seludup Minyak Masak Subsidi: 5 Penjawat Awam Ditahan SPRM

3

Selera 1 tahun yang lalu

Rumpai Laut Pemangkin Ekonomi Masyarakat Setempat Di Sabah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Bot Pam: Juragan Elak Tali Rumpai Laut Sebelum Terbalik

Sorotan

1

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

3

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

5

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

6

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

7

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM