web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rentas negeri tidak dibenarkan walau antara kawasan hijau - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2021 9:31PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS -  Aktiviti rentas negeri masih tidak dapat dibenarkan meskipun antara kawasan hijau, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata setakat ini, kebenaran merentas negeri hanya diberikan secara bersyarat iaitu perjalanan bagi tujuan pelancongan melalui agensi pelancongan dan bukan perjalanan secara individu memandangkan Kementerian Kesihatan (KKM) masih lagi ‘sensitif’ berhubung kebenaran rentas negeri kerana aktiviti itu pada Disember lepas pernah merekodkan 32 kluster baharu COVID-19.

“Sekarang ini hanya perjalanan melalui agensi pelancongan sahaja yang dibenarkan sebab kita akan tahu perincian perjalanan. Kalau pergi dengan syarikat pelancongan, perjalanan mereka akan dimaklumkan kepada polis, polis akan tahu kawasan mana mereka pergi dan jadual perjalanan mereka pun sudah ada. 

“Tetapi kalau kita benarkan pergi sendiri, contohnya Perak kawasan hijau, Kedah kawasan hijau, Langkawi pun (kawasan) hijau. Katakan orang Perak hendak ke Langkawi, dia terpaksa melalui Pulau Pinang. Bagaimana kita hendak tahu dia betul-betul ke Langkawi? Siapa tahu sekiranya dia bercuti ke Pulau Pinang,” katanya. 

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) (Para) di Kem Sri Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus di sini hari ini.

Ismail Sabri sekali lagi menegaskan tiada sesiapa pun termasuk golongan berstatus VIP akan terkecuali daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19.

Beliau berkata sebelum ini pun, tindakan undang-undang telah dikenakan terhadap beberapa golongan VIP seperti menteri dan timbalan menteri kerana didapati melanggar SOP.

Ismail Sabri juga berkata setakat ini, seramai 21,791 anggota tentera telah menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi fasa pertama melibatkan anggota yang bertugas di barisan hadapan seperti di sekatan jalan raya serta yang bertugas di luar negara seperti Lubnan dan Filipina.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Kem Sri Pantai Seberang Takir yang menempatkan Batalion ke-18 RAMD telah menerima peruntukan kira-kira RM30 juta bagi projek pembangunan dan naik taraf. 

Katanya antara projek yang sedang dilaksanakan ialah pembinaan sebuah poliklinik melibatkan peruntukan RM25 juta, yang bukan sahaja bakal memanfaatkan kira-kira 800 penghuni kem malah masyarakat luar selain sebuah masjid baharu melibatkan peruntukan RM5 juta yang bakal menampung kapasiti 1,000 jemaah dan akan turut dibuka kepada masyarakat luar.

“Kerja pembinaan poliklinik kesihatan itu telah bermula Januari tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2023. Masjid baharu juga telah mula pembinaannya pada Januari tahun ini dan dijangka siap November tahun depan,” katanya. - Bernama 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad