web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih Separuh Kes COVID-19 Semalam Babitkan Pesakit Tanpa Gejala

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 2:12PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih separuh atau 5,394 daripada 9,673 kes baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara semalam, mencakupi pesakit yang tidak mengalami gejala jangkitan virus, iaitu dalam kategori 1.

Angka itu membabitkan sebanyak 55.76 peratus daripada keseluruhan kes baharu berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 4,231 kes pula membabitkan kategori 2.

“Sebanyak 21 kes berada dalam kategori 3, manakala kategori 4 (17) dan kategori 5 (10),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 48 kes COVID-19 membabitkan kategori 3, 4 dan 5 dilaporkan semalam, 17 kes atau 35.42 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya, 17 kes atau 35.42 peratus sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, tetapi belum menerima dos penggalak, manakala 14 kes (29.17 peratus) membabitkan individu selesai mendapatkan dos penggalak.

“Selain itu, 27 kes atau (56.25 peratus) adalah dalam kalangan individu berumur 60 tahun ke atas dan 26 kes atau (54.17 peratus) mempunyai komorbiditi,” katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, lapan kluster baharu dilaporkan semalam dengan 116 kluster aktif dan secara keseluruhan, sebanyak 6,974 kluster direkodkan di negara ini sejak pandemik berkenaan dikesan. - Getaran, 16 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan