web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Kampung Baru: Tarik Balik Akta 486 Terhadap Penduduk - Khalid

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 12:58PM

Khalid meninjau persekitaran Kampung Sungai Baru. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menarik balik penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1986 (Akta 486) terhadap penduduk di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru selepas pintu rundingan kembali dibuka kelak.

Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, tindakan menarik balik akta pengambilan tanah tersebut adalah wajar bagi membolehkan rundingan antara pemaju dengan penduduk dapat dijalankan secara telus.

Menurutnya, tindakan membuka pintu rundingan tanpa menarik balik akta tersebut tidak akan membawa kepada sebarang persetujuan antara penduduk dan pemaju.

Khalid berkata, tindakan menarik balik akta pengambilan tanah tersebut adalah wajar. - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Khalid berkata, tindakan menarik balik akta pengambilan tanah tersebut adalah wajar. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

“Saya difahamkan, Menteri Wilayah Persekutuan, (Datuk Seri) Shahidan Kassim ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan menghantar badan penilai bebas daripada Rahim and Co untuk membuat penilaian terhadap status tanah di sini.

“Menurutnya, keputusan penilaian akan dikeluarkan dalam jangka masa seminggu, namun apa yang peliknya akta pengambilan tanah masih berjalan tetapi pintu rundingan dibuka.

“Jika benar-benar mahukan rundingan tarik semula notis tersebut supaya ia dapat berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media bersama sebahagian pemilik dan waris rumah teres Kampung Sungai Baru, Kampung Baru yang tidak bersetuju dengan tawaran pemaju.

Sementara itu, seorang wakil penduduk, Azlan Mustafa, 35, berkata penggunaan akta tersebut terhadap mereka adalah sangat tidak wajar.

Azlan Mustafa
Azlan Mustafa

Dakwanya, rundingan antara pemaju dengan pemilik atau waris penduduk rumah teres di kawasan tersebut berlangsung sejak tahun 2016.

“Bagaimanapun, sebahagian besar pemilik atau waris (rumah teres) yang dikenakan akta pengambilan tanah, iaitu seramai 37 daripada 64 buah rumah tidak bersetuju dengan tawaran diberikan pemaju.

“Sepatutnya apabila tawaran ditolak, pemaju harus memberikan tawaran baharu kepada kami, namun ia tidak pernah berlaku,” katanya.

Azlan berkata, terdapat 98 buah rumah teres berada di atas tanah Kampung Sungai Baru, tetapi hanya 64 buah rumah dikenakan akta pengambilan tanah tersebut.

“Daripada 64 buah rumah itu, 37 daripadanya tidak bersetuju dengan tawaran diberikan pemaju, manakala selebihnya menyatakan persetujuan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memantau isu tersebut supaya penduduk tidak teraniaya dan kualiti kehidupan mereka terjamin.

“Ini adalah kawasan 100 peratus penduduk Melayu, nasib mereka harus dibela, ini tidak, Menteri Wilayah lebih dilihat membela pemaju sedangkan kepentingan rakyat harus diutamakan,” katanya. - Getaran, 16 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Usaha Berkaitan Kampung Baru Perlu Ambil Kira Kepentingan Melayu - Sultan Sharafuddin

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

3

3 tahun yang lalu

Pembangunan Kampung Baru: Setiap Langkah Berlandaskan Prinsip Jaga Kepentingan Melayu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Masih Ada Cara Pujuk Pemilik Enggan Berpindah, Elak Dikenakan Akta Pengambilan Tanah - Johari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 24 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 50 minit yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar