Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Masih Ada Cara Pujuk Pemilik Enggan Berpindah, Elak Dikenakan Akta Pengambilan Tanah - Johari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 7:10AM

Masih ada cara untuk memujuk 11 peratus pemilik rumah di Kampung Sungai Baru, dan Kampung Baru di sini yang enggan berpindah supaya tidak dikenakan tindakan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masih ada cara untuk memujuk 11 peratus pemilik rumah di Kampung Sungai Baru, dan Kampung Baru di sini yang enggan berpindah supaya tidak dikenakan tindakan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, beliau secara peribadi berpandangan, jalan penyelesaian untuk kemelut tersebut masih terbuka.

Tegasnya, tuduhan pihak lawan iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Khalid Abdul Samad kononnya beliau membisu dalam isu tersebut membuktikan bahawa pemimpin AMANAH itu tidak tahu apa yang sedang diperjuang pihaknya.

Johari Abdul Ghani - Gambar Fail
Johari Abdul Ghani - Gambar Fail

“Pada saya secara peribadi masih ada cara untuk kita memujuk 11 peratus (pemilik yang enggan pindah) supaya tidak dikenakan akta pengambilan dengan mengambil kira apa yang menyebabakan mereka tidak setuju, itu cerita dia, soal pokok dia.

“Jadi kalau tak faham soal pokok ini, sedaplah nak tuduh-tuduh orang. Takkanlah wakil rakyat tak dipersoal, Menteri Wilayah selama 22 bulan tak dipersoal, orang yang tak ada kena mengena dengan kerajaan nak dipersoal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook, bagi menjawab dakwaan Khalid.

Khalid yang juga mantan Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini mendakwa, Johari hanya membisu dalam isu penggunaan Akta Pengambilan Tanah terhadap 11 peratus pemilik rumah yang enggan berpindah di Kampung Sungai Baru.

Dalam rakaman sama Johari memberi ingatan, beliau bukan Ahli Parlimen Titiwangsa ketika masalah tersebut berlaku bermula pada 2018 hingga 2022.

“Menteri Wilayah selama 22 bulan ketika itu adalah Khalid sendiri,” tegasnya.

Khalid Abdul Samad - Gambar Fail
Khalid Abdul Samad - Gambar Fail

Bagaimanapun beliau berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa Flat PKNS Kampung Sungai Baru telah mencecah usia 40 tahun, dan berdepan pelbagai isu berbangkit, termasuk keadaan kediaman berkenaan.

“Banyak isu-isu berbangkit dari soal rumah ini. Sangat teruk, sangat daif, toilet (tandas) rosak tak boleh pam, dinding retak. Flat PKNS, beli 40 tahun dulu pun RM17,000, jadi orang banyak ada masalah.

“Jadi masalah ini tidak ada siapa nak bangunkan. Akhirnya penduduk-penduduk mencari inisiatif sendiri untuk cari pemaju membangunkn kawasan ini,” katanya.

Jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) itu lagi, apabila 89 peratus penduduk sudah bersetuju untuk membuat pembangunan di flat tersebut, tiada siapa yang boleh menghalang mereka kerana golongan terbabit selama ini menderita kerana tinggal di kawasan yang daif.

“Mereka sengsara. Tuan punya rumah hampir 89 peratus bersetuju untuk bangunkan semula, (mereka) dah tak tahan lagi nak duduk dalam kawasan yang macam itu teruk.

“Jadi akta pengambilan tanah ini bukan saya yang ambil. Akta pengambilan ini diguna pakai oleh pemaju untuk mengambil 11 peratus yang tidak bersetuju kerana yg 89 peratus sudah berpindah. Bukan saya suruh pindah tapi ini berlaku waktu saya bukan jadi wakil rakyat,” katanya.

Proses pengambilan tanah sepatutnya dibuat pada Disember lalu, namun proses itu ditangguhkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bagi memberi ruang untuk pemaju penduduk yang membantah membuat perbincangan - Gambar Fail
Proses pengambilan tanah sepatutnya dibuat pada Disember lalu, namun proses itu ditangguhkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bagi memberi ruang untuk pemaju penduduk yang membantah membuat perbincangan - Gambar Fail

Tegas Johari, ketika beliau memegang jawatan Ahli Parlimen Titiwangsa sebelum ini, masalah sebegitu tidak berlaku sebaliknya beliau berjaya membangunkan Pasar Minggu, Kampung Baru dengan baik hanya dalam tempoh lima tahun sahaja.

“Ha ini cara saya, saya menggalakkan pembangunan tetapi ia mestilah menang-menang iaitu penduduk pun menang, pemaju pun menang dan kerajaan secara keseluruhan dapat membangunkan unit-unit yang telah begitu lama ini tanpa menggunakan duit kerajaan.

“Jadi sama ada akta pengambilan ini digunapakai oleh pemaju dengan kerajaan dengan PKB (Perbadanan Kampung Baru) dengan Menteri Wilayah, itu tanya dia oranglah,” katanya.

Sebelum ini, seramai 37 pemilik rumah teres Kampung Sungai Baru cuba mempertahankan tanah mereka daripada diambil pemaju bagi projek pembangunan semula kawasan itu, termasuk dengan memohon campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, mereka terpaksa akur dengan desakan undang-undang di bawah APT 1960.

Proses pengambilan tanah sepatutnya dibuat pada Disember lalu, namun proses itu ditangguhkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bagi memberi ruang untuk pemaju penduduk yang membantah membuat perbincangan.

Sementara itu, jurucakap Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) menjelaskan, pengambilan tanah Kampung Sungai Baru itu sewajarnya diteruskan kerana memenuhi syarat perundangan di bawah APT 1960 dan 89 peratus atau 291 penduduk terlibat telah bersetuju dengan pembangunan semula kawasan tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, Johari akan dicabar oleh Khalid dan dua lagi calon, masing-masing Pengerusi PEJUANG Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan doktor gigi, Dr Rosni Adam yang mewakili PN, selaku calon tunggal wanita.

Kerusi Parlimen Titiwangsa disandang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dengan majoriti 4,139 undi selepas memperoleh 23,840 undian pada PRU-14.

Pada PRU-14, Rina menewaskan Johari yang memperoleh sebanyak 19,701 undi, manakala calon PAS, Mohamad Noor Mohamad hanya memperoleh 6,845 undi. - Getaran, 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Penduduk Terkejut Penemuan Rangka, Tak Hidu Bau Busuk Atau Dengar Jeritan

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Pekebun Di Mersing Resah Tanaman Sawit Musnah Diserang Gajah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

4

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad