web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usaha Berkaitan Kampung Baru Perlu Ambil Kira Kepentingan Melayu - Sultan Sharafuddin

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2025 1:26PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang usaha untuk atau keputusan melibatkan pembangunan Kampung Baru harus mengambil kira kepentingan orang Melayu.

Menitahkan perkara itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj bertitah, aspek tersebut perlu dilaksanakan bukan sahaja untuk waktu terdekat, tetapi juga untuk jangka masa panjang.

Titah baginda, Kampung Baru adalah simbol kebangkitan orang Melayu sejak tahun 1900.

“Beta ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kampung Baru memainkan peranan penting kepada kelangsungan dan maruah orang Melayu di Kuala Lumpur,” titah baginda hari ini. 

Sultan Sharafuddin bertitah, isu berkenaan perlu dikendalikan secara teliti dan berhemah, dengan keutamaan harus diberikan kepada kepentingan orang Melayu.

“Beta tiada halangan sekiranya kawasan Kampung Baru hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman, namun syarat-syaratnya harus jelas dan berpihak kepada orang Melayu.

“Sebab itu, Beta mahu dalam setiap butir pertimbangan yang dilakukan oleh semua pihak berkaitan mengenai hal ini, sejarah asal penubuhan dan warisan kawasan Kampung Baru harus diambil kira,” titah baginda.

Baginda bertitah, Kampung Baru yang telah ditubuhkan pada 1899 telah diiiktiraf sebagai penempatan masyarakat Melayu untuk tujuan pertanian.

Titah Sultan Sharafuddin lagi, ia adalah hasil kurniaan nenda baginda, Sultan Selangor Ke-5, Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1900 sebagai rizab Malay Agricultural Settlement (M.A.S).

“Beta ingin mengimbas semula susur galur sejarah dan peristiwa penting orang Melayu yang telah berlaku di Kampung Baru dan harus dipelihara. 

“Ini kerana Beta sendiri pernah menetap dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Raja Muda di Kampong Bharu, ketika ayahanda Beta, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi Raja Muda Selangor,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah, Allahyarham ayahanda Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin juga lahir di Kampung Baru, malah Tengku Permaisuri turut membesar di situ.

“Sebagai nadi pembangunan Kuala Lumpur pada suatu ketika, Kampung Baru menempatkan Kelab Sultan Sulaiman, lokasi berlangsungnya Kongres Melayu SeMalaya pada tahun 1946 yang mencetuskan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). 

“Semasa tragedi 13 Mei 1969, Kelab Sultan Sulaiman juga dijadikan tempat perlindungan orang-orang Melayu,” titah baginda. 

Padang Kelab Sultan Sulaiman juga titah baginda, turut digunakan sebagai tempat latihan pasukan bola sepak Selangor sebelum terbinanya Stadium Merdeka, dan mini bangunan kelab berkenaan masih menjadi hak milik kerajaan negeri Selangor.

“Bukan itu sahaja, sebelum Kuala Lumpur diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan, kediaman rasmi Dato' Menteri Besar Selangor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor juga berada di Kampung Baru,” titah baginda. 

“Lebih nostalgik, persefahaman pernah dicapai supaya Masjid Jamek Kampung Baru yang telah dirasmikan oleh Sultan Selangor ke-6, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, harus dikekalkan di lokasi sedia ada dan tidak boleh dipindahkan ke tempat lain,” titah baginda. - Getaran, 18 September 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Jangan Tafsir Perpaduan Orang Melayu Sebagai Permusuhan - Sultan Sharafuddin

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

3

3 tahun yang lalu

Pembangunan Kampung Baru: Setiap Langkah Berlandaskan Prinsip Jaga Kepentingan Melayu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Masih Ada Cara Pujuk Pemilik Enggan Berpindah, Elak Dikenakan Akta Pengambilan Tanah - Johari

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad