Berita Terkini

2 jam yang lalu: Sheng Yi nama anak ketiga pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China - Takiyuddin 2 jam yang lalu: Tedros Adhanom Ghebreyesus dilantik sebagai Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 4 jam yang lalu: OPS Pantau: KPDNHEP rampas nilai barangan lebih RM13.32 juta 4 jam yang lalu: Polis kenal pasti pelajar terlibat pergaduhan tular di Facebook 4 jam yang lalu: Kerajaan Pakistan larang Imran adakan protes di Islamabad

IKUTI KAMI


10,413 Kes Baharu COVID-19 Semalam, 3 Negeri Catat Kematian Tertinggi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 12:24PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 menunjukkan peningkatan melepasi 10,000 kes bagi dua hari berturut-turut apabila sebanyak 10,413 kes dilaporkan semalam.

Kelmarin, sebanyak 10,052 kes pandemik itu dilaporkan di seluruh negara selepas beberapa hari berada di bawah paras 10,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka baharu itu menjadikan jumlah kumulatif individu dijangkiti virus berkenaan setakat ini adalah 4,363,024 orang.

Menurutnya, jumlah baharu itu membabitkan 10,386 kes tempatan dengan bakinya 27 adalah kes import.

“Lebih separuh atau 5,926 kes dengan 56.91 peratus daripada jumlah jangkitan semalam, membabitkan pesakit kategori 1, iaitu tidak bergejala, manakala 4,435 kes berada dalam kategori 2 atau bergejala ringan.

“Sebanyak 24 kes pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (11) dan kategori 5 (17),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 52 kes COVID-19 membabitkan kategori 3, 4 dan 5 dilaporkan semalam, 16 kes atau 30.77 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya, 11 kes atau 21.15 peratus sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak, manakala 25 kes (48.08 peratus) membabitkan individu selesai mendapatkan dos penggalak.

“Selain itu, 24 kes atau (46.15 peratus) adalah dalam kalangan individu berumur 60 tahun ke atas dan 22 kes atau (42.31 peratus) mempunyai komorbiditi,” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 18 kes kematian baharu direkodkan semalam dengan lima kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Jelasnya, angka baharu kematian itu menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 35,381 kes dengan 7,473 daripadanya adalah kes BID.

Kes kematian paling tinggi, katanya, dicatatkan di Johor, Kedah dan Perak, iaitu masing-masing merekodkan tiga kes, disusuli Negeri Sembilan serta Pahang dengan dua kes di setiap negeri.

Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Putrajaya pula, jelasnya, masing-masing mencatatkan satu kes.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 117,785 kes aktif direkodkan semalam dengan 114,854 atau 97.5 peratus menjalani kuarantin di rumah, 366 dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 2,411 dirawat di hospital.

Ujarnya, bagi kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setakat ini, sebanyak 154 kes dilaporkan dengan 69 kes disahkan COVID-19, manakala 85 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 89 kes, iaitu 45 kes disahkan COVID-19, manakala 44 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan,” katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, lapan kluster baharu dilaporkan semalam dengan 112 kluster aktif dan secara keseluruhan, sebanyak 6,966 kluster direkodkan di negara ini sejak pandemik berkenaan dikesan.

“Sebanyak 13,202 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,209,858 kes. - Getaran, 15 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Baharu COVID-19, Angka Kematian Menurun

2

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Harian COVID-19 Menurun Sedikit, 3 Kematian

3

TARA 4 hari yang lalu

Lebih 100,000 Individu Dapatkan Khidmat Sokongan Mental MIASA Sejak Ogos 2020

4

Semasa 5 hari yang lalu

KJ Tabik Masih Ramai Rakyat Amalkan SOP

Sorotan

1

Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini?

2

Remaja Tembak Mati 21 Orang Di Sebuah Sekolah Di Texas

3

Banjir Kilat, Pokok Tumbang Di Seremban

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembantu Kedai Makan Didenda RM2,500 Lakukan Khianat Buang Patung Hiasan

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Baharu COVID-19, Angka Kematian Menurun

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Ayam Tiada, Ini 5 Usaha Kerajaan - PM

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Satu Sen Dana Yayasan Akalbudi Daripada Kerajaan, Rakyat - Zahid