web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedutaan Korea Utara Jadi Tumpuan Media

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2021 3:09PM

Salah seorang kakitangan kedutaan Korea Utara meninggalkan bangunan kedutaan di Bukit Damansara.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak pengumuman Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia, kedutaannya di Jalan Batai di Bukit Damansara menjadi tumpuan media tempatan dan asing.

Seawal 7.30 pagi pemberita sudah berkumpul di luar kedutaan dan setakat 11 ​​pagi tadi kira-kira 40 petugas media tempatan dan antarabangsa dilihat menunggu di luar kedutaan, selepas Malaysia mengarahkan semua kakitangan diplomatik Korea Utara dan tanggungan supaya meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 Jam.

Wartawan Bernama di luar kedutaan menyatakan beberapa individu dipercayai  kakitangan kedutaan dilihat memasuki bangunan seawal jam 8.15 pagi. Kedutaan dikatakan mempunyai kira-kira 20 kakitangan dan tanggungan.

Kira-kira 10.20 pagi, sebuah van dipercayai membawa beberapa pegawai perubatan dari hospital swasta dilihat memasuki bangunan kedutaan mungkin untuk melakukan ujian calitan COVID-19 kepada mereka yang akan pulang ke Pyongyang. 

Wartawan di luar kedutaan memetik sumber menyatakan kakitangan dan tanggungan mereka kemungkinan besar akan berlepas pulang ke Pyongyang esok melalui Beijing.

Terdapat pergerakan kenderaan masuk dan keluar dari bangunan kedutaan sehingga pintu pagar ditutup pada 12.30 tengah hari. Sebuah kereta peronda polis dengan dua anggota dilihat turut berada di luar kedutaan.

Kedutaan itu dikendalikan Kuasa Usaha, Kim Yu Song. Duta terakhir Korea Utara ke Malaysia ialah Kang Chol yang diusir pada 2017 atas kenyataan provokatifnya berkaitan pembunuhan Kim Jong-nam, saudara tiri pemimpin Tertinggi Korea Utara Kim Jong-un.

Percubaan Bernama untuk menghubungi Yu Song dan Kaunselor Song Ki Chol sejak Jumaat tidak berhasil. 

Pyongyang pada Jumaat mengumumkan akan menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas mahkamah awal bulan ini memutuskan seorang ahli perniagaan dari Korea Utara diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan pengubahan wang haram.

Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) amat kesal dengan keputusan Korea Utara dan akan menutup Kedutaan Besar Malaysia di Pyongyang, yang operasinya telah ditangguhkan sejak 2017.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata kerajaan Malaysia juga akan mengeluarkan arahan supaya semua kakitangan diplomatik dan tanggungan di Kedutaan Korea Utara meninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam mulai Jumaat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Korea Utara Dakwa Berjaya Lancar Satelit Pengintip Ke Orbit

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Pengarah 'Money Heist' Korea Sedia Dikecam

3

Luar Negara 4 tahun yang lalu

Pelajar Dihukum Tembak Sampai Mati Kerana Jual ‘Squid Game’

4

Sukan 5 tahun yang lalu

Korea Utara Batal Sertai Olimpik, Kata Kementerian Sukan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar