Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Kembali Meningkat, 67 Kes Serius

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 1:22PM

Sebanyak 9,002 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus itu adalah 4,342,559 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 kembali meningkat dengan 9,002 jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,342,559 kes.

Katanya, jumlah direkodkan itu membabitkan 8,950 kes tempatan dengan 52 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 iaitu tidak bergejala, dengan jumlah 4,759 kes atau bersamaan 52.87 peratus. Sebanyak 4,176 kes pula berada dalam kategori 2 atau bergejala ringan.

“Sebanyak 26 kes iaitu 0.29 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (20) serta kategori 5 (21),” katanya hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 67 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, sembilan kes iaitu 13.43 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya lagi, daripada jumlah itu, 22 kes sudah menerima dua dos vaksin manakala 36 kes lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 40 kes berumur 60 tahun ke atas, 41 kes mempunyai komorbiditi manakala tiada kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 30 kematian baharu direkodkan semalam dengan enam kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,341 dengan 7,462 daripadanya adalah kes BID.

“Johor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lima kes, diikuti Pulau Pinang dan Sarawak (masing-masing empat), Perak dan Selangor (masing-masing tiga), Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing dua) serta Perlis, Sabah dan Terengganu (masing-masing satu).

“Tiada kematian dilaporkan di Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, terdapat pertambahan tiga kluster di negara ini.

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan hingga kini terdapat 117 kluster yang masih aktif di negara ini. 

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 6,955 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 151 kes iaitu 69 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 97 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 16,986  kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,180,763 kes. - Getaran, 13 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan

Politik 1 hari yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

Semasa 1 hari yang lalu

Hantaran Isu Kasino Forest City, Chegu Bard Ditahan Polis

oleh Wartawan Getaran