Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


TH Kaji Keperluan Bayaran Haji Bersasar, Bantu Golongan B40

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 9:20AM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji keperluan untuk membuat penstrukturan bayaran haji secara bersasar mengikut tahap kemampuan dan pendapatan jemaah bagi membantu mereka yang berhasrat mengerjakan ibadah itu.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata penstrukturan bayaran haji tersebut boleh membantu bakal jemaah haji, terutama golongan B40 untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu walaupun kurang berkemampuan.

Beliau berkata setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu memandangkan ia perlu mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak.

“Secara kasarnya ada jemaah haji muassasah, ada jemaah haji pakej swasta. Jemaah haji pakej swasta ini adalah mereka yang berkemampuan yang tidak perlu bantuan kewangan manakala golongan jemaah haji muassasah ada pelbagai kategori termasuk golongan berpendapatan rendah.

“Memang kami mengambil kira perkara ini dan kami mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk ahli ekonomi, akademik, ejen pelancongan dan juga kerajaan sama ada perlu membuat satu lagi struktur bayaran haji yang berbentuk bersasar untuk melihat dari segi kemampuan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV dengan tajuk 'Memahami Isu Kos, Bantuan dan Bayaran Haji' di sini malam tadi.

Dalam program itu, Syed Saleh turut menafikan peningkatan kos menunaikan haji bagi jemaah muassasah pada tahun ini disebabkan masalah kewangan dihadapi TH memandangkan pihaknya telah mengumumkan agihan keuntungan kepada pendeposit sekali gus menunjukkan kedudukan kewangannya berada dalam keadaan baik.

Beliau berkata peningkatan kos menunaikan haji tidak berkait dengan kedudukan kewangan TH, sebaliknya ia lebih kepada faktor inflasi, percukaian dan perkhidmatan lain di Arab Saudi.

Mengulas lanjut, Syed Saleh berkata kos haji adalah adalah kos keseluruhan untuk jemaah mengerjakan ibadah itu merangkumi bayaran haji dan bantuan kewangan haji, dan ia dipecahkan kepada kos langsung dan tidak langsung.

“Kos langsung adalah kos perlu dibayar bagi mengerjakan haji seperti penerbangan, penginapan, makanan, pengangkutan bas serta perkhidmatan disediakan Arab Saudi manakala kos tidak langsung adalah perkhidmatan dan kemudahan disediakan TH secara percuma kepada jemaah seperti penerbitan buku, kursus haji, bayaran petugas serta perkhidmatan kesihatan dan lain-lain.

“Bantuan kewangan haji adalah bayaran ditanggung oleh TH untuk seorang jemaah manakala bagi bayaran haji pula adalah bayaran perlu ditanggung jemaah untuk menunaikan ibadah itu,” katanya.

Ditanya mengenai jangkaan jumlah kos dan bayaran haji untuk tahun ini, Syed Saleh berkata perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurutnya, ketika ini TH sedang menunggu kerajaan Arab Saudi untuk mengumumkan jumlah kuota bilangan jemaah Malaysia yang dibenarkan untuk menunaikan ibadah itu pada musim ini.

Pada 9 April lepas, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan jumlah jemaah haji yang dibenarkan bagi musim haji 1443Hijrah/2022 Masihi terhad kepada sejuta jemaah tempatan dan antarabangsa.

Kementerian itu menyatakan jumlah jemaah antarabangsa untuk tahun ini akan mengikut kuota yang diperuntukkan kepada setiap negara berkenaan dengan mengambil kira pematuhan semua kriteria penjagaan kesihatan.

Antara kriteria ditetapkan adalah jemaah perlu berumur di bawah 65 tahun dan telah melengkapkan vaksin COVID-19 asas yang diluluskan Kementerian Kesihatan Arab Saudi selain wajib menyerahkan keputusan negatif ujian PCR COVID-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.

Untuk rekod, tahun lepas Arab Saudi membenarkan hanya 60,000 jemaah domestik meliputi warganegaranya dan warga asing yang berada di negara itu untuk menunaikan haji. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Penyerahan Semula Aset TH Bukti Komitmen Kerajaan - Dr Mohd Na'im

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Dijangka Tiba Di Malaysia Rabu Ini

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Agong Zahir Penghargaan Kepada Arab Saudi Berjaya Urus 2 Juta Jemaah Haji

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Sukan 22 jam yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Semasa 19 jam yang lalu

Bekas Pemain Ragbi Kedah Maut Selepas Rebah Pada Perlawanan Pertunjukan Dengan MB Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji