web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penerima ePemula Kecewa, Tuntut E-Tunai RM150 Guna GrabPay Dapat Baucar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 3:17PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula semalam, golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak mula menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai di bawah program ePemula.

Kredit e-tunai itu boleh ditebus melalui satu daripada empat penyedia perkhidmatan iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ’n Go eWallet .

Selain RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan terbabit juga akan memberi insentif tambahan dalam bentuk cashback, baucar, mata terkumpul atau coins sepanjang tempoh program itu.

E-tunai itu boleh dibelanjakan secara luar talian sehingga 10 Jun depan.

Bagaimanapun, rata-rata penerima yang menebus e-tunai itu menerusi GrabPay meluahkan rasa kecewa apabila lain dijanjikan, lain pula yang diterima.

Harapan masing-masing umpama kaca terhempas ke batu apabila e-tunai itu didakwa ditukar ke dalam bentuk baucar, bukan e-wallet seperti yang diumumkan Kementerian Kewangan.

Antara komen netizen yang mendakwa kredit e-tunai itu sudah ditukar kepada baucer GrabPay.
Antara komen netizen yang mendakwa kredit e-tunai itu sudah ditukar kepada baucer GrabPay.

“Kesian adik aku yang Orang Kelainan Upaya (OKU), tuntut ePemula dekat Grab, ingat dapat duit RM150, yang dapat baucar. Macam mana nak guna baucar potongan harga tu, duit dalam GrabPay wallet pun kosong, menyusahkan orang,” kata Syafiqah Hadirah.

“Mana boleh macam ni, dah tukar siap-siap dah jadi baucar Grab pula. Boleh ke macam ni. Aku ingatkan masuk RM150 dalam e-wallet, rupa-rupanya jadi baucar pula,” keluh Naqiuddin Japre.

“Kementerian Kewangan kata RM150 ePemula + RM150 baucar. Kami dapat baucar, tetapi di mana kredit e-tunai tersebut?” soal Gojo Ramsay.

“Grab, kenyataan Kementerian Kewangan sudah jelas menyatakan bahawa ePemula akan diberikan dalam bentuk kredit e-tunai, manakala baucar pula sebagai insentif tambahan,” kata pula Rizki.

“Kami mahu bayaran balik Grab. Saya amat kecewa, kami hanya mahu kredit e-tunai RM150. Saya turut menghantar mesej kepada bahagian khidmat pelanggan bertanya mengenai perkara itu,” kata Juvi Juv.

Seorang lagi pengguna Facebook, Amin Ahmad, mendakwa, salah satu baucar yang diterimanya mempunyai limitasi tertentu.

“Didapati yang salah satu baucar tersebut mempunyai limitasi. Seperti limit RM7.50 dengan belanja lebih RM25 untuk satu order. Baucar lain pun lebih kurang juga,” katanya.

Malah ada netizen menyifatkan sistem pelaksanaan oleh penyedia perkhidmatan e-hailing itu berunsur penipuan.

“Modern scam. E-wallet lain boleh scan mana-mana QR je tapi Grab cuma yang valid on voucher. What!!!” kata Mohd Muhaimin.

“Kena scam habis-habis ni,” kata Afiq Mukhlis.

Susulan itu, Facebook rasmi Grab Malaysia dihujani pelbagai komen netizen yang meminta penjelasan daripada penyedia perkhidmatan e-hailing itu berhubung perkara tersebut.

Malah tinjauan Getaran di akaun Twitter rasmi Grab Malaysia mendapati ruangan komen pada ciapan Grab #ePemula yang dikongsi sejak malam tadi sudah ditutup.

Tindakan itu menyebabkan netizen memaut Facebook milik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, meminta beliau menyiasat perkara tersebut.

“Tengku Zafrul tolong siasat perkara ini,” kata Mohd Ladzi Yusri.

“Kementerian Kewangan tolong siasat, kami dapat baucar, kasihan yang terpedaya. Harap kementerian cakna dengan isu ini,” kata Ashikin Suhud. - Getaran, 12 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Doktor Rugi RM100,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam

4

Semasa 3 tahun yang lalu

NSRC Terima 11,858 Panggilan Mangsa Scammer Babit Kerugian Ratusan Juta Dalam 6 Bulan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad