web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bapa Edar Dadah Ditahan, Hadapi Kemungkinan Hukuman Gantung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 1:36PM

Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah di sebuah kondominium di Kepong, petang kelmarin. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bapa yang dipercayai menjadikan aktiviti pengedaran dadah sebagai punca pendapatan utamanya ditahan di sebuah kondominium di sekitar Kepong, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, suspek yang berusia 34 tahun ditahan ketika berada di lobi kondominium terbabit bersama beg kertas mengandungi dua botol cecair berisi methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) sebanyak 900 mililiter (ml) dan serbuk MDMA berjumlah 184 gram (g).

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Shokri Abdullah berkata, pemeriksaan lanjut di sebuah rumah di kondominium sana membawa kepada penemuan 10 botol cecair MDMA berjumlah 4,500 ml, serbuk MDMA seberat 2.14 kilogram (kg), ketamine (90 g) dan 168 biji pil ecstasy.

Antara dadah yang dirampas di sebuah kondominium di sekitar Kepong, petang semalam.
Antara dadah yang dirampas di sebuah kondominium di sekitar Kepong, petang semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek telah berkeluarga dan mempunyai seorang anak berusia lima tahun.

“Suspek tidak mempunyai pekerjaan dan dipercayai menjadikan aktiviti pengedaran dadah ini sebagai punca pendapatan utamanya malah dia juga pernah ditahan di bawah kes narkotik sebelum ini.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan wang tunai yang dilakukan dalam serbuan tersebut adalah sebanyak RM158,890 dan jumlah dadah dirampas mampu menampung permintaan 17,046 pengguna.

“Dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang,” katanya hari ini.

Mohd Shokri berkata, saringan awal terhadap suspek mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama lima hari sehingga 14 April depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – Getaran, 11 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad