web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Rugi RM600,000 Ditipu Peguam Wanita

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2021 6:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun menjadi mangsa penipuan satu skim pelaburan perumahan, yang disertainya pada awal September 2015.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Polis (ACP) Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang bertindak atas maklumat menahan suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.

Menurut beliau, penahanan suspek dibuat pada jam 8 pagi semalam dan dia dibawa ke Mahkamah Jalan Duta di sini untuk dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan pada hari yang sama.

“Suspek tidak mengaku bersalah dan dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM7,000, manakala semakan rekod lampau mendapati dia memiliki lima kes jenayah lampau di daerah Petaling Jaya.

“Kesemua kes berkenaan sedang dalam perbicaraan di mahkamah dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya hari ini.

Nik Ezanee menarik perhatian, suspek ialah seorang peguam wanita tempatan, berusia 51 tahun yang mengajak mangsa menyertai satu skim pelaburan perumahan bernilai RM150,000.

Katanya, mangsa bersetuju selepas dijanjikan pulangan keuntungan bernilai RM180,000 untuk setiap unit rumah dilaburkan.

“Sekiranya rumah tersebut berjaya dijual kepada pemilik baharu, mangsa akan menerima pulangan berserta keuntungan sebanyak RM 900,000.00.

“Mangsa telah berbincang dan bersetuju dengan tawaran yang diberikan dan menyerahkan wang kepada suspek berjumlah RM 600,000.00 untuk nilai bagi empat unit rumah,” katanya.

Nik Ezanee menambah, suspek berjanji bahawa wang mangsa akan dikembalikan sepenuhnya jika kesemua unit rumah terbabit tidak berjaya dijual.

“Lelaki itu hanya menyedari sudah ditipu apabila media melaporkan bahawa suspek didakwa di mahkamah di Petaling Jaya, akibat penipuan membabitkan penjualan rumah yang tidak wujud,” katanya.

Mangsa jelasnya lagi, cuba mendapatkan semula wang miliknya daripada suspek namun tidak berjaya, selepas peguam berkenaan memberikan pelbagai alasan untuk tidak berbuat demikian.

“Dalam hal ini, orang ramai dinasihatkan membuat semakan terlebih dahulu atau memeriksa latar belakang syarikat, bagi memastikan ia benar-benar wujud agar tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya. – Getaran, 19 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 9 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar