web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Identiti 4 Warga Asing Hilang Di Mersing Dikenal Pasti - MB Johor

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 12:37PM

Onn Hafiz meninjau operasi carilamat empat penyelam warga asing yang hilang di PUlau Tokong Sanggol. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Identiti empat warga asing yang dilaporkan hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol di sini semalam, telah dikenal pasti.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata mereka dikenali sebagai Kristine Grodem, 35, yang merupakan jurulatih selam warganegara Norway; Alexia Alexandra, 18, (Perancis); Adrian Peter, 46, (British) dan anaknya, Nathen Renze, 14, (Belanda).

“Kesemua mangsa adalah pelancong yang seorang daripada mereka merupakan seorang jurulatih (selam) manakala tiga yang lain adalah pelajar.

“Ini bukan kali pertama mereka menyelam, (sebaliknya) kesemua mereka agak berpengalaman dalam selaman dan sedang menaik taraf sijil kelayakan menyelam,” katanya pada sidang media di Pangkalan Hadapan Carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, di sini, hari ini.

Onn Hafiz berkata semua keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung kehilangan mangsa dan operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga petang ini bergantung keadaan cuaca.

Beliau berkata keluarga mangsa yang terlibat telah menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung maklumat kehilangan dan difahamkan mereka dalam perjalanan menuju ke sini.

Turut hadir Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat, Ketua Staf Am 21 Gerup Gerak Khas Kem Iskandar Mersing Adi Ridzwan Abdullah dan Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria.

Dalam kejadian tengah hari semalam, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, di sini.

Op Carilamat diteruskan bermula 7 pagi tadi melibatkan seramai 90 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk 30 penyelam dan 18 aset.

Manakala dalam perkembangan lain, tekong bot yang membawa empat penyelam warga asing itu, disahkan positif dadah.

Kamarul Zaman berkata lelaki berusia lingkungan 20 tahun itu pada mulanya dipanggil untuk memberi keterangan.

Bagaimanapun, ujian air kencing menunjukkan individu itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Kami sudah buat ujian saringan air kencing dan didapati dia positif dadah. Dia akan ditahan sehingga siasatan selesai,” katanya kepada pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, di sini.

Kamarul Zaman berkata individu itu yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Mersing, kira-kira jam 11.30 malam tadi, disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya.

Ketika ditanya sama ada terdapat unsur kecuaian dalam kes kehilangan penyelam warga asing itu, Kamarul Zaman berkata pihaknya kini sedang meneliti semua aspek.

“Kami akan menyiasat dari segi kelengkapan peralatan menyelam mereka dan juga tempat pusat selam skuba dan sebagainya. Kami akan siasat dan pasukan forensik akan sampai untuk membuat siasatan. Kalau ada sesuatu yang berlaku, kalau ada salah laku dan sebagainya pun, kami akan buat siasatan juga,” kata Kamarul Zaman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

2

Politik 5 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran