Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perniagaan Terjejas Akibat COVID-19, ABAP Ucap Selamat Tinggal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2021 4:19PM

ABAP akan ditutup pada 5 April ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Selepas enam tahun menyumbang jasa menghiburkan ribuan keluarga di negara ini, khususnya warga Johor Bahru, Angry Birds Activity Park (ABAP) akhirnya terpaksa menyerah kepada keadaan dan melabuhkan tirai.

Bermula tanggal 5 April depan, tiada lagi gelak tawa atau teriakan gembira suara kanak-kanak pelbagai kaum dan usia serta warganegara yang dapat didengar di taman aktiviti di aras 3, Komtar JBCC ini.

Walaupun bakal ditutup, pengunjung yang ingin merakam kenangan di saat akhir masih boleh ke taman aktiviti keluarga yang menggunakan tema animasi Angry Bird itu,  dalam tempoh berbaki kira-kira dua minggu lagi.

Dikaitkan sebagai antara perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19, ABAP turut terkesan apabila tidak dapat beroperasi secara total sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Walaupun dibenarkan beroperasi ketika Johor dikategorikan sebagai negeri PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) untuk sementara waktu, kehadiran pengunjung tidak seramai diharapkan kerana aktiviti merentas negeri masih tidak dibenarkan.

Mengulas mengenai penutupan operasi ABAP, Ketua Unit Bisnesnya, Ungku Abdul Aziz Ungku Hasnan berkata, keputusan berkenaan ditetapkan pihak pengurusan menerusi satu perbincangan terperinci awal tahun ini.

Menurut beliau, kehadiran pandemik COVID-19 di negara ini memberi impak negatif kepada sebahagian besar industri pelancongan dan ABAP tidak terkecuali.

“Apabila ABAP tidak dapat beroperasi seperti mana biasa, ia menjejaskan sebahagian besar pendapatan, apatah lagi apabila waktu perniagaan tertakluk kepada pelaksanaan PKP.

“Kebenaran beroperasi secara tidak konsisten juga antara faktor menyebabkan ABAP tidak mampu bertahan, tetapi kami sedar ia adalah sebahagian usaha yang perlu diambil bagi membendung penularan COVID-19,” katanya kepada Getaran.

Suasana lengang di ABAP disumbangkan oleh COVID-19.
Suasana lengang di ABAP disumbangkan oleh COVID-19.

Ungku Abdul Aziz berkata, sasaran perniagaan tidak dapat dipenuhi apabila taman tema berkenaan hanya dibuka sekitar lima bulan sahaja, sejak pelaksanaan PKP dikuatkuasakan Mac tahun lalu.

“Dalam tempoh lima bulan itu, ia lebih banyak ditutup berbanding dibuka dan kami sedaya upaya cuba bertahan.

“Setiap tiga bulan, senario ini akan diperhalusi oleh pihak pengurusan hinggalah akhirnya syarikat terpaksa membuat keputusan menghentikan operasi,” keluhnya.

Beliau menarik perhatian, pihak pengurusan terpaksa menanggung kos operasi walaupun ABAP tidak dapat dibuka sepanjang ABAP dilaksanakan, dengan tambahan gaji 30 peratus untuk setiap kakitangan.

"Jika sebelum ini, pada dua tahun pertama pembukaan ABAP, kita menerima kunjungan 70 peratus rakyat tempatan dan selebihnya pelancong asing, namun selepas tiga tahun jumlah itu berubah kepada 60 peratus pelancong asing dan selebihnya penduduk tempatan.

“Situasi ini menyebabkan operasi ABAP terjejas teruk apabila kerajaan bertindak menutup semua sempadan negara, dengan larangan ke atas aktiviti rentas negeri dan daerah,” katanya.

Keadaan itu jelas Ungku Aziz, terlalu parah hingga potongan harga tiket masuk juga tidak mampu mencapai sasaran perniagaan ditetapkan.

“Ia turut disumbangkan oleh faktor had pengunjung susulan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Sebelum ini, ABAP boleh menampung sekitar 350 pengunjung pada satu-satu masa namun dengan pelaksanaan SOP itu, hanya seratus individu dibenarkan memasuki taman berkenaan,” katanya.

Ungku Abdul Aziz turut menafikan desas-desus bahawa taman terbabit akan berpindah ke lokasi lain atau dijual kepada pihak ketiga.

"Tidak benar. Hanya kami pemegang lesen sah untuk mengoperasikan ABAP ini. Tidak ada pihak lain boleh membukanya. Berpindah lokasi juga bukan dalam perancangan kita," katanya. 

Pihak pengurusan ABAP mengumumkan penutupan operasi itu menerusi laman rasmi Facebook mereka, pada Selasa lalu. 

Menjengah ke laman media sosial itu, ramai pengguna melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan berita berkenaan. 

Mereka turut dilihat berkongsi gambar kenangan masing-masing ketika berkunjung ke ABAP. 

Terdapat juga pelancong dari Indonesia dan Singapura yang melahirkan rasa ralat dan kesal, kerana hajat mereka untuk berkunjung ke taman itu sekiranya sempadan dibuka tidak kesampaian. 

Ungku Abdul Aziz berkata, selepas pengumuman itu dibuat, pihaknya masih menerima kunjungan orang ramai khusunya warga Johor sendiri. 

Katanya, ada yang mendakwa tidak pernah datang ke ABAP dan hadir serta-merta selepas mendapat tahu berita penutupan taman berkenaan kerana tidak mahu melepaskan peluang mencuba aktiviti di situ. 

"Kita masih lagi menerima pengunjung sebab ada yang kata tak pernah datang, jadi sebelum tutup, mereka mahu merakam kenangan di sini," katanya. 

Tinjauan Getaran ke ABAP juga mendapati, keadaan di taman itu agak sunyi dan lengang berbanding ketika lokasi itu menjadi tumpuan orang ramai. – Getaran, 19 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 4 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

2

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

3

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

4

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

5

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

6

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

7

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

Disyorkan untuk anda

Sukan 35 minit yang lalu

Keadaan Faisal Halim Amat Positif Selepas Pembedahan Kedua

Sukan 1 hari yang lalu

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

Semasa 1 hari yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

Semasa 8 jam yang lalu

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama